Bengkel Pemantapan Portal JPedia dan JCoP Bil. 3/2019 di CREaTE, Alor Gajah, Melaka

Bengkel Pemantapan Portal JPedia dan JCoP Bil. 3/2019 yang melibatkan 20 orang peserta dari pelbagai pejabat telah diadakan di CREaTE pada 29 dan 30 Ogos 2019. Program anjuran bersama CREaTE dan Unit ECKM, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu dikendalikan oleh Sr Dr. Khairil Hizar Md Khuzaimah, Ketua Unit ECKM, CPAB dan dibantu oleh Pn. Safira Aiza Ahmad.

Bengkel semalam 2 hari ini diadakan bertujuan untuk memberi kefahaman kepada peserta mengenai Portal JPedia dan JCoP sebagai antara inisiatif utama Pengurusan Pengetahuan di JKR Malaysia. Sesi hands-on mengemaskini kandungan Portal JPedia telah diadakan pada hari pertama dan diikuti dengan Portal JCoP pada hari kedua.

Di samping itu, sesi Knowledge Cafe turut diadakan bersama peserta sebagai platform interaktif yang membincangkan faktor kejayaan kritikal, langkah promosi yang perlu dilaksanakan di samping domain baru yang boleh diperkenalkan di Portal JPedia.

Leave a Reply