Bengkel Project Lessons Learned Caw. Alam Sekitar & Kecekapan Tenaga

Pada 19 dan 20 September 2019, Bengkel Project Lessons Learned telah diadakan bersama Cawangan Alam Sekitar & Kecekapan Tenaga (CASTK) bertempat di Menara PJD, Kuala Lumpur. Program yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan perkongsian pengalaman mengenai aspek pembelajaran projek telah dihadiri oleh seramai 20 orang warga CASTK.

Sesi bengkel telah dikendalikan oleh Sr Dr. Khairil Hizar Md Khuzaimah dan dibantu oleh fasilitator, Pn. Nor Parzila Abdul Ghaffar dari Unit Enterprise Content & Knowledge Management, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang memberikan komitmen tinggi dalam menghasilkan dokumen Project Lessons Learned.