Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan Pembudayaan Ilmu JKR (JKPPPI) Bil. 2/2015

IMG_4459k

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan Pembudayaan Ilmu JKR (JKPPPI) Bil 2/2015 telah diadakan pada 12 Jun 2015 di Bilik Mesyuarat Zamrud, Aras 2, Blok G, Ibu Pejabat JKR. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Pengarah Kanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Ir Hj Mohd Daud Harun dan telah dihadiri oleh seramai 20 orang Pengurus Pengetahun di peringkat Ibu Pejabat dan JKR Negeri.

Di dalam ucapan aluan beliau, Ir Hj Mohd Daud telah menekankan pentingnya staf yang baru dipindahkan ke sesuatu tempat kerja segera diberi pengetahuan mengenai bisnes dan proses kerja di tempat tersebut supaya mereka boleh menjalankan tugas mereka dengan baik. Pengurus Pengetahuan digesa memastikan kursus pengenalan atau sesi perkongsian pengetahuan dianjur untuk tujuan ini.

Di antara agenda tetap mesyuarat ini adalah pembentangan laporan status aktiviti pengurusan pengetahuan di JKR dan laporan status program CoP JKR oleh Urusetia, dan pembentangan oleh Pengurus Pengetahuan Cawangan/Negeri mengenai aktiviti pembudayaan ilmu yang dilaksanakan. Mesyuarat kali ini telah membincangkan cadangan program pembudayaan ilmu peringkat JKR yang dibentangkan oleh Pn Norhasima Mohamed Sulaiman dari Unit Perpustakaan dan Sumber, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat. Program in dijadualkan pada 20-21Oktober 2015.

Lanjutan daripada penstrukturan organisasi JKR, pertukaran tempat kerja telah berlaku dan. Pengurus Pengetahuan Cawangan dan Negeri perlu dilantik semula. Mesyuarat ini diakhiri dengan sesi penyampaian sijil perlantikan Pengurus Pengetahuan JKR.

Lihat galeri gambar mesyuarat