Nokia: Lessons Learned…

Apabila membicarakan mengenai teknologi telekomunikasi, umum secara amnya mengetahui mengenai kejayaan Nokia di dalam mendominasi pasaran telefon bimbit pada satu ketika dahulu. Produk Nokia seperti Nokia 3210 ataupun Nokia 3310 merupakan antara pilihan popular pengguna pada penghujung tahun 1990-an sehinggalah pertengahan tahun 2000-an disebabkan oleh kualitinya yang tinggi dan harga yang berpatutan.

Namun demikian, segalanya mula berubah apabila telefon pintar (smartphone) pertama kali diperkenalkan kepada umum pada pertengahan tahun 2000-an. Pengguna yang dahulunya merupakan peminat setia jenama Nokia kini telah beralih kepada telefon keluaran Apple dan Samsung. Sejak daripada itu, Nokia telah mula mengalami kejatuhan dan akhirnya pada tahun 2013, Nokia telah dijual kepada Microsoft.

Apakah yang menyebabkan Nokia, sebuah syarikat gergasi telekomunikasi pada satu ketika dahulu yang menguasai hampir 41 peratus daripada pasaran telefon bimbit, telah kehilangan segalanya? Berdasarkan daripada kajian yang dijalankan oleh Professor Quy Huy dan Professor Timo Vuori dari INSEAD, mereka mendapati terdapat tiga faktor utama yang menyumbang kepada perkara ini iaitu dysfunctional organisational culture, lack of innovative culture dan resistance to change.

Maklumat lanjut mengenai lessons learned syarikat Nokia boleh didapati di rantaian berikut:

Who Killed Nokia? Nokia Did

https://www.linkedin.com/pulse/nokia-ceo-ended-his-speech-saying-we-didnt-do-anything-ziyad-jawabra

* Artikel di atas ditulis berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi dari rantaian yang dipaparkan di dalam artikel.