Mesyuarat Pengurus Pengetahuan Bil. 1/2019

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan Pembudayaan Ilmu (JKPPPI) Bil. 1/2019 telah berlangsung dengan jayanya pada 4 hingga 5 Mac 2019 bertempat di JKR Daerah Langkawi, Kedah Darul Aman. Mesyuarat JKPPPI Bil. 1/2019 yang diadakan pada 4 Mac 2019 telah dipengerusikan oleh YBrs. Ir Ab Hamid Hj. Md. Daud, Pengarah Kanan, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu dan […]

Para peserta sedang berbincang bagi persediaan sesi Story Telling pada hari kedua Mesyuarat

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan Pembudayaan Ilmu (JKPPPI) Bil. 1/2019 telah berlangsung dengan jayanya pada 4 hingga 5 Mac 2019 bertempat di JKR Daerah Langkawi, Kedah Darul Aman.

Mesyuarat JKPPPI Bil. 1/2019 yang diadakan pada 4 Mac 2019 telah dipengerusikan oleh YBrs. Ir Ab Hamid Hj. Md. Daud, Pengarah Kanan, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu dan dihadiri oleh seramai 35 orang Knowledge Manager JKR dari Ibu Pejabat JKR dan JKR Negeri/Wilayah Persekutuan/KESEDAR. Di akhir mesyuarat, YBrs. Pengerusi telah menyampaikan watikah perlantikan kepada 8 orang Knowledge Manager dan Ahli Ganti.

Program di sebelah petang diteruskan dengan sesi Knowledge Visit ke Galeria Perdana, Kilim, Pulau Langkawi.

Lawatan bertujuan memberi peluang kepada para peserta untuk mengetahuai dengan lebih lanjut mengenai koleksi anugerah, cenderahati dan pengiktirafan yang telah diterima oleh Tun Dr Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-4.

Para peserta bergambar bersama poster yang telah disediakan semasa sesi Story Telling

Pada hari kedua, sesi Story Telling dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada para peserta mengenai teknik penceritaan dalam penyampaian ilmu pengetahuan. Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan Pembudayaan Ilmu (JKPPPI) yang seterusnya dijadualkan akan berlangsung pada bulan Jun 2019 di Menara Kerja Raya.

Galeri gambar