eLearning “Pengenalan Building Information Modeling”

Modul baru eLearning “Pengenalan Building Information Modeling” yang dibangunkan hasil kerjasama antara Unit Enterprise Content & Knowledge Management dan Unit Building Information Modeling, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu kini telah ditawarkan di dalam portal e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA).

Modul eLearning yang menawarkan 2 jam Nilai Jam Berkursus ini telah melalui proses pentauliahan yang rapi dan teliti oleh pakar daripada Kluster Inovasi Teknologi Pengurusan (i-IMATEC), Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara. Antara kandungan yang terkandung di dalam modul ini termasuk Pengenalan kepada Building Information Modeling, Tahap Pembangunan Model dan Faktor Kejayaan Pelaksanaan BIM.

Di samping modul eLearning, warga Jabatan juga boleh melayari modul Massive Open Online Course (MOOC) yang turut ditawarkan di portal EPSA. Di antara kandungan yang telah dimuatnaik di modul MOOC JKR Malaysia termasuk video Expert Tech Talk dan Exit Interview.

Objektif utama Portal EPSA adalah untuk meningkatkan peluang dan capaian penjawat awam kepada pengetahuan dan latihan secara berterusan dan sepanjang hayat bila-bila masa di mana jua. Sehingga kini terdapat sebanyak 270 kursus yang merangkumi pelbagai topik terkandung di Portal EPSA. Warga Jabatan boleh mengkases Portal EPSA melalui komputer, tablet ataupun telefon pintar.

Layari Portal EPSA hari ini @ https://www.epsa.gov.my/