Kursus Certified Knowledge Manager (CKM) JKR 2018

Kursus Certified Knowledge Manager (CKM) 2018 telah diadakan pada 23 hingga 27 April 2018 bertempat di Menara PJD. Kursus ini merupakan sebahagian daripada keperluan program Certified Knowledge Manager yang perlu diikuti oleh para peserta untuk ditauliahkan sebagai Pengurus Pengetahuan Bertauliah. Program pentauliahan yang kali kedua yang diadakan ini telah disertai oleh seramai 20 orang peserta […]

Kursus Certified Knowledge Manager (CKM) 2018 telah diadakan pada 23 hingga 27 April 2018 bertempat di Menara PJD. Kursus ini merupakan sebahagian daripada keperluan program Certified Knowledge Manager yang perlu diikuti oleh para peserta untuk ditauliahkan sebagai Pengurus Pengetahuan Bertauliah.

Program pentauliahan yang kali kedua yang diadakan ini telah disertai oleh seramai 20 orang peserta termasuk 7 peserta JKR. Kursus lima hari yang dikendalikan oleh Sharma Management International Sdn Bhd selaku penyedia latihan bertauliah yang dilantik oleh International Knowledge Management Institute, Amerika Syarikat dengan kerjasama pihak ECKM, CPAB dan CREaTE memberi peluang kepada para peserta untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai bidang Pengurusan Pengetahuan melalui sesi taklimat, perbincangan kumpulan dan interaksi atas talian.

Susulan daripada kursus ini, para peserta telah menduduki peperiksaan khas CKM dan telah lulus dengan jayanya. Sesi pembentangan projek akhir CKM akan diadakan pada 25 Jun 2018 bertempat di Menara Kerja Raya.

Galeri Gambar