Majlis Pelancaran Program Persijilan Pengurusan Pengetahuan JKR

Majlis Pelancaran Program Persijilan Pengurusan Pengetahuan JKR telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia pada 24 Ogos 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 5, Blok F, Ibu Pejabat JKR. Turut hadir sama pada majlis perasmian ini ialah YBhg. Dato’ Dr. Meor Abdul Aziz bin […]

Majlis Pelancaran Program Persijilan Pengurusan Pengetahuan JKR telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia pada 24 Ogos 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 5, Blok F, Ibu Pejabat JKR. Turut hadir sama pada majlis perasmian ini ialah YBhg. Dato’ Dr. Meor Abdul Aziz bin Hj. Osman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia (Sektor Infra), YBrs. Sr. Ratna binti Haji Mahyuddin, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia (Sektor Pakar) serta pegawai – pegawai kanan Jabatan Kerja Raya.

Program yang julung-julung kali dianjurkan di JKR ini merupakan hasil kerjasama strategik di antara Unit Enterprise Content and Knowledge Management, Caw. Perancangan Aset Bersepadu, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE) dan International Knowledge Management Institute, Amerika Syarikat.

Majlis dimulakan dengan Ucapan Aluan oleh Mr Douglas Weidner, Pengasas, International Knowledge Management Institute, Amerika Syarikat melalui video conferencing dari Florida, Amerika Syarikat. Seterusnya, Ucapan Perasmian Program Persijilan Pengurusan Pengetahuan JKR telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha.

Dalam ucapan beliau, YBhg. Dato’ Sri KPKR telah menekankan mengenai kepentingan untuk menguruskan pengetahuan kritikal (organisasi dan teknikal) di dalam memastikan kejayaan projek yang dilaksanakan oleh Jabatan. Beliau kemudiannya mengucapkan selamat maju jaya kepada para peserta yang telah terpilih untuk mengikuti program ini dan berharap agar semua ilmu pengetahuan yang diperolehi sepanjang program dapat dimanfaatkan dalam usaha berterusan Jabatan untuk membudayakan amalan perkongsian pengetahuan dan pembelajaran berterusan.

Majlis diteruskan dengan tayangan video pengenalan mengenai Program Persijilan Pengurusan Pengetahuan dan diikuti dengan taklimat pengenalan Program Persijilan Pengurusan Pengetahuan JKR oleh Sr Roznita Othman, Pengarah Kejuruteraan, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu. Di penghujung majlis, para hadirin telah diperkenalkan kepada sepuluh peserta program dari JKR yang terdiri daripada pegawai dari pelbagai disiplin dan lima orang peserta dari luar JKR.

Sumber asal: https://www.jkr.gov.my/my/page/majlis-pelancaran-program-persijilan-pengurusan-pengetahuan-jkr