Projek Rintis Smart Mobile Learning

Projek Rintis Kerja Penyampaian Pembelajaran melalui Aplikasi Mudah Alih Pintar (Smart Mobile Learning) merupakan inisiatif strategik pembelajaran mikro yang diperkenalkan untuk membantu mempertingkatkan keberkesanan proses pembelajaran dan latihan warga JKR Malaysia melalui penggunaan platform teknologi bersepadu terkini bagi melahirkan modal insan yang berpengetahuan, inovatif dan kreatif ke arah mendepani kehendak dan cabaran Revolusi Industri 4.0.

Domain Pengurusan Projek (Project Management) telah dipilih sebagai domain yang terlibat dengan projek rintis ini melalui kerjasama dan bantuan khidmat nasihat teknikal yang diberikan oleh Unit Sistem dan Kompetensi Pengurusan Projek (USKPP), Cawangan Perancangan Aset Bersepadu.

Warga JKR Malaysia yang berminat menggunakan aplikasi Smart Mobile Learning boleh menghubungi Sr Dr. Khairil Hizar Md Khuzaimah, Ketua Unit Enterprise Content & Knowledge Management, CPAB [hizar.jkr@1govuc.gov.my] untuk maklumat lanjut.