search
Log In
15 votes
113 views
Apakah tindakan yang perlu dilakukan untuk memastikan keberkesanan proses semakan rekabentuk (design review) dalam projek yang dilaksanakan secara konvensional perunding?
in Building 630 points 4 8 11
recategorized by

1 Answer

2 votes
Setiap review (rekabentuk struktur) dilaksanakan bersama pasukan perunding dan JKR mengikut konsep NCR/peraturan sistem pengurusan kualiti jabatan dan perlu 'ditutup'  dengan pembetulan lukisan/rekabentuk. Ini kemudian disahkan oleh ketua bahagian (HODT). Setiap Perekabentuk menggunakan checklist yang tersedia berdasarkan keperluan MoA, oleh itu konsisten. Jika Perunding tidak menyediakan kepakaran ditahap yang diperlukan mengikut kompleksiti sesebuah struktur bangunan, proses akan berulang dan memakan masa lama kerana akan ada terlalu banyak teguran.

Untuk ini Perunding perlu memahami kehendak Pelanggan dari segi menyediakan struktur yang berlainan fungsi contohnya Hospital yang banyak bergantung kepada perkhidmatan utiliti dan kelengkapan canggih. Untuk menangani masalah ketidakpakaran Perunding/non deliveries, CSA (Consultancy Service Agreement) yang baru menggantikan MoA  memperuntukkan LAD yang boleh dikenakan keatas Perunding yang diukur mengikut timeline bagi submission sesuatu task/lukisan-luksian rekabentuk  . Insya Allah lebih berkesan  

Ir. Mohd Azhari Mohd Salleh
KPPK Bhg Struktur (Unit Keselamatan), CKAS
46,570 points 33 87 168
...