search
Log In
7 votes
563 views
in Building 23,850 points 32 79 152

2 Answers

8 votes
 
Best answer

Kedua-dua pH JKR dan GBI adalah skim penarafan bangunan hijau. Ia adalah satu alat bagi mengukur tahap "kehijauan" sesebuah pembangunan. Perbezaannya adalah : 

  pH JKR GBI
1.

Dibangun dan diuruskan oleh pihak JKR untuk digunakan di dalam projek kerajaan.

Ia dibangun berdasarkan :

a. Data-data yang diperolehi dari projek-projek kerajaan yang telah beroperasi

b. Bahan rujukan yang disediakan untuk projek kerajaan (G/panduan, pekeliling dll)

c. Ketetapan yang telah ditetapkan untuk projek kerajaan (Std & Cost, EPU; Pekeliling dll)

d. Rujukan kepada skim-skim lain diseluruh dunia

Dibangunkan oleh pihak ACEM & PAM (swasta) untuk digunakan oleh projek yang dimajukan oleh semua pihak(swasta & kerajaan)

Ia dibangun berdasarkan rujukan kepada skim-skim lain di seluruh dunia

2. Meliputi 2 sektor ~ Bangunan & Jalan Hanya untuk satu sektor ~ Bangunan
3. Tiada sebarang yuran dikenakan bagi menggunakan skim ini

Yuran dikenakan mengikut saiz keluasan lantai kasar bangunan. 

Yuran pembaharuan penarafan juga dikenakan

Setiap projek yang menggunakan GBI juga mesti menggunakan perkhidmatan fasilitator GBI yang juga mengenakan yuran seperti juruperunding 

Setiap rayuan juga akan dikenakan yuran tambahan

4. Cara skim ini disediakan adalah  supaya dapat membantu para perekabentuk untuk lebih mengetahui mengenai elemen hijau  Agak payah untuk seorang perekabentuk baru untuk terus mula untuk menggunakan skim ini

Agak sukar untuk kedua-dua skim ini untuk diintegrasikan kerana ia ditadbir oleh pihak yang berlainan dan mempunyai target group masing-masing yang berlainan.

Walaubagaimanapun, pihak JKR dan CIDB sedang didalam proses menggabungkan kedua-dua skim pH JKR dan GreenPASS. Yang mana pH JKR adalah menekankan kepada elemen-elemen hijau yang di masukkan ke dalam rekabentuk bangunan. Manakala, GreenPass pulak menekankan kepada pengiraan karbon dioksida(gas rumah hijau) yang dilepaskan oleh setiap aktiviti di dalam pembangunan sesuatu bangunan.

3,210 points 3 14 24
selected by
2 votes
Penerangan yang bagus dan mudah untuk difahami..., terima kasih.
22,410 points 22 83 142
...