search
Log In
11 votes
501 views
Jika dilihat kos pengalihan utiliti bawah tanah yang tinggi sehingga mencecah 30% dari kos projek di dalam projek-projek jalan JKR hari ini, tidakkah sudah sampai masa JKR bertindak untuk menanganinya?
in Civil 7,450 points 12 38 62

5 Answers

12 votes
Soalan yang releven terutamanya peringkat District dan State.

JKR cuma badan pelaksana untuk Kerajaan. Apa yang boleh JKR yang diberi tanggungjawab menjaga jalan telah menyediakan garispanduan yang perlu. Tak silap saya JKR dah published "Guidelines For Works Related To Public Utility Installation Within The Road Reserve".  

Tak silap saya juga Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan 1993) ada menjelaskan mengenai utiliti seperti kabel, paip atau lain-lain utiliti. Undang-undang kecil dibawah kuasa kerajaan tempatan juga ada dalam akta ini (Seingat saya, sila betulkan jika silap).

Apa pun saya amat bersetuju jika perkara ini diketengahkan kepada yang terlibat dengan Akta ini. Tak silap saya di Negara Sweden (betulkan saya jika silap) mereka mengenakan caj dalam bentuk sewaan kepada syarikat Utiliti yang menggunakan rezab jalan mereka. Perolehan dari sewaan ini digunakan untuk maintenance dan naiktaraf jalan.
 

Sekian, sekadar perkongsian.
27,310 points 73 158 200
edited by
3 votes
Kita sebenarnya tidak mahu pihak-pihak pembekal utiliti ini menanam kabel atau paip air di bawah jalan atau dalam rezab jalan kerana ia akan mengganggu dan menjejaskan keselamatan pengguna jalanraya akibat penutupan jalan bagi kerja-kerja senggaraan tetapi atas beberapa sebab mungkin perkara ini tidak dapat dielakkan bagi menyelesaikan persoalan secara penyelesaian menang-menang.

Antara sebabnya adalah kos yang besar yang perlu juga ditanggung oleh JKR di bawah peruntukan jalan tersebut. Untuk projek pembesaran jalan umpamanya bagi projek jalan kos kontrak adalah RM 30 juta tetapi projek tentunya akan melibatkan pengalihan utiliti lain termasuk paip air ini. Pihak berkuasa air juga telah meminta supaya paip air lama ditukar kepada paip baru dengan saiz kepada saiz yang lebih besar. Jika pertukaran paip saiz baru ini tidak dibuat tentunya projek tidak dapat diteruskan.
42,830 points 28 107 208
8 votes
Jawapannya mudah saja...

Sebab ia hanyalah REZAB jalan JKR sahaja...ia BUKANNYA milik JKR.

Tanah rezab jalan Persekutuan masih kepunyaan Kerajaan Persekutuan dan JKR tidak boleh sebarangan menghalang mana-mana agensi Kerajaan Persekutuan daripada memasuki tanah tersebut.

Untuk JKR MEMILIKI mana-mana rezab jalan, di antara tindakan yang harus diambil ialah utk melaksanakan ukur halus bagi ROW jalan. Ini tidak pernah dibuat kerana kosnya yang tinggi tidak pernah diluluskan.
1,900 points 3 13 30
0
assalam tuan,

terima kasih atas penerangan tuan ini. dengan pengalaman tuan yang luas berkaitan projek jalan, harap tuan dapat berkongsi idea selain dari menjadikan rezab jalan sebagai milik JKR adakah cara lain yang boleh kita ambil untuk menangani masalah utiliti dalam rezab jalan ini? mungkin dari segi perundangan atau prosedur tambahan atau dengan mengenakan syarat kepada pihak utiliti?

terima kasih..
2 votes
Jika diperhatikan semua pihak utiliti mengenakan bayaran sumbangan / sambungan bagi mendapatkan bekalan dari pihak utiliti bermula dari pengemukaan permohonan lagi. Pihak JKR setakat ini tiada kuasa untuk mengenakan sebarang sumbangan dan jika pihak utiliti gagal menurap semula jalan dengan keadaaan yang baik dan sempurna pun nampaknya JKR tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya meminta pihak utiliti supaya membaiki sahaja. Mohon pandangan pihak tuan/puan.
42,830 points 28 107 208
7 votes

Sebenarnya bukan JKR willingly membenarkan tetapi ianya lebih kepada win win situation.

Actually the best yang JKR boleh buat ialah minta utiliti company untuk menanam kabel atau paip air at the very edge and along  R.O.W. Kalau kita berkeras hendak utiliti ( i am talking about SYABAS and TNB) to be outside our R.O.W then pihak  utiliti perlu buat land acquisition. Sapa yang nak bear the cost of land acqusition???. Do we seriously think the money will come from TNB and SYABAS???.

Katalah kita buat projek bangunan RM100juta, then kita minta supply TNB, what will they say. First they akan kata power supply tak cukup, so kena bina sub station (that is at the early stage). Then mereka akan tanya can u peg alignment, mana nak di tanam kabel. And you peg outside the road reserve. What will they say? Sorry boss kami tidak ada peruntukan untuk Land Acquisition. So power supply akan delay. So nak tak nak terpaksa izinkan mereka tanam di road reserve juga.

Sama goes to SYABAS. Thus the best, minta mereka tanam at the very edge of the corridor. Lokasi cannot be too far from metal road coz mereka juga perlu maintain the paips or kabel from time to time.

To sum it all, kena ada coordiantion between JKR and the utility company. Best decision kepada saya is still let them tanam at very edge, along the road corridor.

Coz why???

Coz, we are them and they are we,

and if there's somebody, pulling us down

we' re the one..................(you tube......robbie william..she's the one)

 

(اللهمّ يسر و لا تعسر)

cool

 

 

14,930 points 12 51 137
edited by
0
Agree with the opinion
...