salam tuan,
mungkin ada ahli dalam J-cop yang kurang setuju dengan cadangan melantik individu sebagai champion/owner/SME dengan alasan nnt akan wujud masalah kebergantungan tetapi saya bersetuju dengan cadangan tuan ini. mungkin apa yang boleh kita buat adalah memberi tanggunjawab kepada cawangan pakar yang berkaitan untuk mendapatkan jawapan kepada soalan2 teknikal kerana menjadi salah satu fungsi utama cawangan-cawangan pakar untuk memberi khidmat nasihat.
selain itu saya juga berpendapat dibenarkan dalam J-cop ini untuk soalan ditujukan terus kepada unit/bahagian/cawangan yang berkaitan. sebagai contoh, soalan berkaitan pengurusan penyenggaraan jalan ditujukan kepada BSFJ, soalan berkaitan BIM ditujukan kepada unit BIM PROKOM dan soalan berkaitan penempatan ditujukan kepada BDSM CPK. bukan bermakna individu lain tidak boleh berkongsi pendapat atau pengalaman tetapi sekurang-kurangnya setiap soalan akan mendapat perhatian sewajarnya dan jika ada rezeki kita, jawapan kepada soalan yang ditanya.
kalau tidak dibuat begini, dikhuatiri jawapan yang diberikan akan open-ended dan tidak fokus kepada membantu mereka yang bertanya.
sekian pandangan dari saya...