search
Log In
14 votes
201 views
Apakah Perlu memohon kelulusan kepada pihak MITI bagi perolehan Barangan Import. Pihak kerajaan hanya mengeluarkan tender atau sebut harga dan pihak pembida yang berjaya membuat pembelian barangan atau perkakasan samaada di syarikat tempatan atau syarikat luar. Pihak pembekal akan membeli barangan tersebut dan menyimpan didalam gudang sebelum dihantar ke tapak projek. Dalam hal ini, barangan tersebut telah diklasifikasikan sebagai barangan Ex-stock dan pihak kerjaan tidak ada transaksi dengan pihak kastam bagi kemasukan barangan tersebut.

http://www.treasury.gov.my/pekeliling/spp/spp072002.pdf
in Contract Administration 25,440 points 38 98 191
recategorized by

3 Answers

3 votes
 
Best answer

Bagi barangan Impot selaras dengan SPP 7/2002, setiap pegawai yang ingin membuat perolehan samada memanggil sebut harga atau tender hendaklah mematuhi spp tersebut seperti berikut::

  1. kelulusan pihak MITI hendaklah diperolehi terlebih dahulu sekiranyabahan/barangan import bernilai melebihi RM50 ribu hendak digunakan.
  2. Bagi barangan ex-stock - Perolehanbahan/barangan siap yang diimport yang berada dalam Negara(ex-stock) dan bernilai melebihi RM50 ribu memerlukan kelulusan Kementerian Kewangan terlebih dahulu sebelum perolehan  bahan/barangan tersebut dibuat.
  3. Bagaimana pulak untuk membuat perolehan bagi barangan impot - Bahan/barangan yang bernilai melebihi  RM200ribu bagi satu kontrak yang dibenarkandiimport hendaklah dilaksanakan secara Free OnBoard (FOB)
  4. Bagi perolehan kerja yang diuruskan secara turnkey, atau design & build atau secara konvensional melalui  perunding, Agensi hendaklah memastikan dasar dan peraturan yang ditetapkan ini dipatuhi sepenuhnya dan dijadikan sebagai syarat mandatori dalam dokumen tender. Agensi juga dikehendaki memastikan perunding yang dilantik memasukkan syarat penggunaan bahan/barangan tempatan dalam spesifikasinya.
510 points 3
selected by
2 votes
  1. 1PP/PK1 memperuntukkan supaya perolehan untuk barangan import hendaklah dirujuk dan mendapat pengesahan dan kelulusan daripada Pegawai Pengawal.
610 points 9
4 votes

Di muatkan petikan ringkasan kepada 1PP yang berkaitan dengan Perolehan Barangan Import untuk rujukan.Perincian boleh dirujuk kepada 1PP itu sendiri.

 

Harap dapat membantu.

1,510 points 1 5 18
edited by
...