search
Log In
10 votes
84 views
in Project Management 880 points 3 6 11
retagged by

1 Answer

3 votes
PROKOM telah mengadakan Kursus Best Practice Project Management di  bawah kursus Induk BLP sejak  tahun 2009 lagi. Terdapat   lebih dari 750 kakitangan JKR telah mendapat pendedahan mengenai  Best Practice Project Management ini.

Tidak ketinggalan juga road show ke JKR Negeri dan JKR Daerah.  Kesemua pemenang  Anugerah Pengurusan Projek terbaik dan Anugerah Pejabat Daerah terbaik  adalah yang telah mengamalkan Best pracitice project management ini.

Projek yang terbaru siap yang mengamalkan Best Practice Project Management  adalah Projek National Cancer Institute (NCI) yang bernilai lebih RM600Juta telah berjaya disiapkan 2 minggu awal dari yang dijadualkan.

Adalah diharapkan lebih banyak lagi projek mempraktikkan Best Practice Project Management ini memandangkan pendedahan telah diberikan, cuma  pelaksanaannya sahaja perlu diperluaskan  dengan kenyakinan bahawa Best Practice Project Management DAPAT MENOLONG  projek berjaya disiapkan pada masa, kos, kualiti dan memenuhi kehendak pelanggan.
7,240 points 9 29 47
...