Salam. Mohon bantuan dari CPK terutamanya, tuntutan perjalanan menggunakan kenderaan sendiri saya telah ditolak oleh bendahari SUK menghadiri temuduga CBBP/HLP Anjuran CPK JKR HQ bagi menyambung pengajian di peringkat Master(saya di JKR State). Temuduga ini diwajibkan olehbJKR sebelum mendapat kelulusan perlepasan menyambung pengajian. Jawapan diberikan bendahari adalah ia urusan persendirian. Apa yg musykilkan saya, adakah usaha saya menyambung pengajian iaitu bagi career development ini utk kemudian balik menyumbang kepada JKR merupakan urusan persendirian? Untuk rujukan juga, bukan sahaja TNT ini sahaja ditolak malah Temuduga Penempatan Silang Tapisan Pertama di SPNB anjuran CPK juga dimaklumkan ditolak. Dokumen sokongan spt borang keluar pejabat , kelulusan ketua jabatan guna kenderaan sendiri lebih 240km juga telah dilampirkan. Surat panggilan temuduga CPK juga. Mohon bantuan dari Bahagian Kewangan lain di JKR Negeri lain. Tqvm.