search
Log In
12 votes
532 views
in Building 490 points 5 7 10
recategorized by

1 Answer

6 votes

Pendapat saya adalah seperti berikut:

 

Kalau metal deck, kena lihat semula ketebalan metal deck baru yang akan dipasang. Dan perlu juga lihat samada kadar kebisingan (sound disturbance) diambil kira di waktu hujan / bunyi kenderaan / bunyi kapaltebang (jika berhampiran lapangan terbang) , dan juga yang lebih penting thermal comfort dalam bangunan.

 

Aluminium foil adalah salah satu dari jenis penebat haba selain rockwool dan lain-lain jenis penebat. Aluminium foil juga bermacam-macam kualiti yang perlu dinilai R value. Lebih tinggi R lebih baik, tapi perlu lihat unit dalam technical catalog apabila buat perbandingan kerana pengilang gunakan unit yang berbeza.  Manakala bumbung metal deck pula sekarang ini, ada yang dilapik terus dengan  PU foam yang bertindak juga sebagai penebat haba dan juga mengurangkan bunyi bising air hujan.

 

Yang mana lebih baik antara rockwool atau aluminium foil? Secara perbandingan, rockwool berfungsi untuk kurangkan kadar kebisingan dan juga penebat bahang panas atap. Manakala aluminium foil pula, fungsinya lebih kepada penebat haba sahaja. Metal deck yang tebal, kurang bising tetapi harganya lebih mahal. 

 

Jadi, mana yang betul? Bergantung kepada tujuan ianya disediakan samada untuk penebat haba + kurangkan bising atau penebat haba sahaja.

 

  • Ianya juga bergantung kepada berapa banyak suhu yang ingin dikurangkan daripada surface temperature atap kepada suhu pada siling, i.e suhu pada atap > 50C dan inginkan suhu pada siling 32 C. Secara tidak langsung suhu bilik (tanpa air-con) kepada 31C atau 30C (1 atau 2 darjah sahaja dapat dikurangkan). 

 

  • Sekiranya suhu siling yang diinginkan ialah 30C sebagai contoh (dengan suhu bilik inginan kepada 29C atau 28C), bermakna sistem penebat haba perlu dipertingkatkan kepada nilai R yang lebih tinggi dengan sistem roof attic ventilation. Kombinasi aluminium foil sebagai pemantul kepanasan + rockwool yang lebih tebal + roof attic ventilation ATAU lain-lain penebat boleh digunakan. Roof attic ventilation boleh mengurangkan udara panas (convection heat) terperangkap di atas siling. 

 

8,130 points 25 56 91
edited by
...