Saya setuju dengan jawapan yang diberikan oleh tuan Aidzil. Model BIM banyak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi sepanjang pelaksanaan projek bermula dari fasa perancangan lagi.
Jika kita lihat, dan saya amat PASTI semua projek JKR yang kita telah siapkan, tidak ada satu pun lukisan 'as-built' yang betul-betul lengkap atau seperti yang dibina di tapam diberikan oleh pihak kontraktor.
Sekiranya model BIM digunakan mengikut proses kerja yang betul, maka pembinaan di tapak pasti akan mengikut model yang disediakan. Pasukan projek di tapak atau pihak kontraktor hanya perlu mengemaskini maklumat pembinaan ke dalam model bim tersebut. Dan isunya disini adalah wajar model bim diberikan kepada pihak kontraktor..? Pada saya wajar, kerana softcopy boleh diberi dalam bentuk *.dwfx atau *.ifc yang mana komponen/elemen di dalam model tidak boleh diubah.
Dan secara realitinya, banyak softcopy autocad bagi projek-projek sebelum ini secara sedar tak sedar kontraktor telah dapatkan daripada jkr secara sengaja ataupun tidak. Jika kita lihat, isunya adalah penguatkuasaan kita keatas kontraktor, walaupun jika kita meletakkan hak intelektual didalam kontrak..
Sudah tiba masanya kita ubah perkara yang akhirnya menyusahkan kita kembali di lain hari.