search
Log In
23 votes
1,276 views

Bangunan asal sekolah ini empat tingkat.dan hanya satu tangga disediakan. Kemudian,tangga tambahan dibuat pada bangunan tersebut. Sekarang,ada keretakan diantara bangunan asal dengan tangga tambahan tersebut. Bagaimanakah cara penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan masalah ini?keretakan antara tangga dengan bangunan asal

in Structure 220 points 2 2 3
1

Asas bangunan asal 4 tingkat, saya anggap disokong oleh cerucuk.

Asas tangga tambahan baru, disokong oleh cerucuk atau pad atau raft?

Pandangan saya:

1. Gap agak besar, menunjukkan berlaku pemendapan pada tangga baru.   

2. Semak dinding penghubung antara tangga baru ke blok sekolah, samada ada besi pengikat / pengukuh (stiffner) daripada rasuk seperti bulatan merah pada gambar. 

  • Jika ada rebar (stiffner) pada interval tertentu, dinding very unlikely untuk jatuh ke bawah, kecuali pemasangan rebar (stiffner) tidak betul. 

3. Boleh buat sendiri cerapan bagi mengetahui samada pemendapan masih berterusan.

4. Jika pemendapan masih berterusan, maka asas tangga baru perlu diperkukuhkan. 

5. Boleh rujuk kepada Unit Forensik bagi dapatkan pandangan dan nasihat.

1

syabas, 

satu ulasan yang baik dari saudara rosli,

memang betul, stiffener patut ada, namun the facts remain that wall itu jatuh.

cuma saya ingin peringatkan,

ini bangunan sekolah, murid murid ni perangai mucam mucam, almaklumlah budak sekolah.

Cita cita pun ada yang nak jadi Ben 10, ottomen, spenderman, suparman, sponge bob, flintstone, barney, doraemon dan  mucam mucam. Bukan semua, namun ini adalah naluri bebudak, can't be help.

Di sekolah kadang kadang, i think u pun perasan, ada kesan tapak kasut sekolah di dinding. Makna nya ada yang dari kecik nak menunjukkan macho nya pada gadis dengan menyepak dinding. Tak kurang yang bertolak tolakan semasa nak menuruni tangga. Kena plak wall ni memang berada di tangga. Jadi chances are semasa nak balik sekolah akan ada berlaku tolak menolak. Dinding yg retak akan menjadi mangsa tolakan. Mungkin ada yang akan bersandar kat dinding.

Stiffener ker, dowel bar ker, starter bar ker, wire mesh yg diikat pada paku di dinding setiap 4 layer brick ker, i dun think akan dapat menampung berat wall yang nak jatuh.

Nasihat saya jumpa Guru Besar sekolah, maklumkan kawasan tangga itu di tutup termasuk kawasan di bawahnya, di kepung supaya murid murid tidak boleh berada di situ.

IFFFFFF nothing happen, alhamdulillah, what is there to lose, but if mishap happen, persoalan yang akan di tanya apakah tuan/puan telah ambil proaktif action?.

Therefore tindakan kena buat bersekali, sambil referring to Unit Forensik, at the same time kepong kawasan merbahaya.

 

 

One life lost, is one lost to the Nation.

 

 

 

للهمّ يسر و لا تعسر

cool

 

 

0
en rosli,saya kurang faham la pasal stiffner tu.maksudnya antara tangga dengan blok tersebut kena letak stiffner?
0

Dinding untuk koridor perlukan stiffner dan dowel bar. Begitu juga dinding tangga baru dengan blok sekolah. Jika tidak disediakan stiffner + dowel bar, bermaksud dinding tersebut bergantung harap kepada sambungan mortar dan berat sendiri (self weight) dan berisiko kepada horizontal loading.. i.e pelajar / murid sekolah bertolak-tolakan (bergurau) antara satu sama lain pada dinding tersebut. Untuk info, minimum requirement bagi horizontal loading ini boleh dirujuk dalam Table 4 BS6399.

Stuktur tangga baru dan blok bangunan sememangnya tidak bersambung (structurally independent) sebagaimana dijelaskan oleh Encik Harjit.

 

Semakan juga seharusnya dibuat kepada semua sambungan antara slab tangga baru dengan lantai koridor pada setiap tingkat. Kemungkinan ada yang retak banyak dan ada juga sedikit pada sambungan antara tangga baru dan blok sekolah. Dikhuatiri pecahan mortar yang jatuh boleh mencederakan kepala pelajar / murid yang melalui di kawasan tangga baru tersebut.

 

Punca kenapa berlaku "gap" tersebut perlulah diketahui supaya pembaikan dibuat tidak berulang. Sekiranya atas desakan PPD / Pengetua / Guru Besar supaya ambil tindakan segera bagi elak persepsi kurang baik dari ibu bapa / masyarakat setempat, dinding dipecahkan sebahagian kecil sahaja yang berhampiran blok sekolah. Drill rasuk dan masukkan rebar sebagai stiffner dan sediakan dowel bar. Perbetulkan kembali construction joint.

 

Sekadar pandangan saya. Terima kasih.  

 

 

0

yesyesyesyesyes

good technical explaination

3 Answers

7 votes
These two structures are structually independent - and they shoud not be jointed directly. There should be a construction joint at the location of the crack ( both for the structure & the brickwall) . Please refer to standard drawings for school building for details of the construction joint.

Basically a flexible joint sealer should be provided on the outside with flexcell (board) on the inside (these details were available on the old drawings - maybe new drawings have something new)
7,620 points 12 29 53
0
Tq mr. harjit for the advise.i think this is the best solution.concurrently i'll check with the forensic unit.
4 votes

Salam,

Selain dari cadangan dari Mr Harjit , maybe its good to hear comment from our Unit Forensic. Its looks like the problem is very serious. Selain dari joints to take care of the expansion and and contraction and other things, it looks as though there's no reinforcement that tie both the wall together.

Falling wall  has happened in 1 school in Selangor whereby the whole wall fell from third floor. Luckily it was raining at that particular hour and school children terpaksa berada dalam kelas masing masing. I tak dapat nak bayangkan apa akan terjadi sekiranya tidak hujan kerana kawasan di mana dinding itu jatuh adalah kawasan lalu lalang dan kawasan permainan murid murid sekolah.

Hujan rahmat, kalau tak hujan murid murid ramai yang akan bermain di bawahnya.

 

Situation calls for immediate action and fast. No 2 way about it.

1) Cordon the area ie don't let any children go near the wall. 

2) Cordon the whole area below it, so that if the whole piece of wall fall, nobody is around.

3) Rujuk segera Unit Forensik for advise.

 

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{  Please do it now }}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}

 

اللهمّ يسر و لا تعسر

cool

 

14,930 points 12 51 137
0
yes...i'll ask for forensic unit to help me for this matter.tq
0

mastura,

saya rasa elok u pecah saja wall tu dan buat baru. Nak kata isu stiffener,  crack nya berlaku betul betul sebelah tiang.

Kalau settlement, then semua dinding di kesemua tingkat akan menghadapi masaalah yang sama. Not only dinding malahan akan ada drop antara slab tangga dan slab corridor sekolah.

اللهمّ يسر و لا تعسر

cool

 

7 votes
Masalah ini bukan masalah struktur. Ini adalah masalah pembinaan.  Penggunaan stiffener ini LANGSUNG tidak akan membantu untuk menangani masalah ini.

Keretakan ini berlaku apabibila dua system struktur yang berasingan disambungkan. Buat macam-mana pun, ianya tetap akan retak kerana kedua dua struktur ini akan "behave" secara berasingan dan pergerakan akan tetap berlaku. Untuk blok sekolah, butiran sambungan pengembangan (expansion joint) ada disediakan dan perlu dilaksanakan bagi mematikan ruang yang ada di antara ke dua strruktur ini ditutup dengan sempurna.

Pegawai JKR di tapak perlu tahu membezakan expansion joint dengan construction joint. Dari pemerhatian saya ke tapak projek terutamanya projek sekolah, masalah ini berlaku  akibat ketidak fahaman pegawai di tapak serta mengamalkan cara kerja yang salah.

Masalah ini berlaku sejak saya mula bekerja dan masalah tidak mengikut lukisan masih lagi berlaku sehingga kini.
50,150 points 24 102 239
...