search
Log In
24 votes
5,496 views

Data Rumah:

  • Rumah teres dua tingkat
  • Lokasi kediaman di bandar
  • Pokok teduhan masih kecil (baru di tanam) di tepi jalan-jalan dalam kawasan perumahan 
  • Bilik tingkat atas tidak selesa (berbahang) terutama waktu petang hingga ke malam / pagi
in Building 8,130 points 25 56 91
edited by
2

Mengikut kajian-kajian yang dijalankan, 70% bahang dalam rumah berpunca daripada atap iaitu bahang panas terperangkap di antara siling dan atap. Manakala 30% lagi berpunca dari lain-lain sebab seperti pengudaraan yang kurang baik dan cahaya matahari terus masuk ke bilik melalui tingkap.

Punca utama bahang perlu ditangani dengan penebat haba pada atap seperti rockwool / aluminium foil / dll, bagi mengurangkan thermal bridging (heat transfer) melalui siling masuk ke dalam rumah.

.... bersambung.

 

Di Malaysia, kecekapan tenaga telah digubal melalui Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan iaitu MS1525:2007 Code of Practice on Energy Efficiency and Use of Renewable Energy for Non-Residential Buildings. 

 

Nilai R (thermal resistance) yang lebih tinggi adalah lebih baik bagi mengurangkan kesan heat transfer ke dalam rumah melalui siling. 

 

Bagi atasi rumah berbahang, langkah utama ialah mengatasi haba terperangkap di atas siling, kerana kesannya adalah besar. Langkah-langkah lain seperti menyediakan sistem pengudaraan, awning, bidai kayu / aluminium dan lain-lain, sebagai pelengkap dan menambah baik dari segi keselesaan (thermal comfort). Ini juga membawa maksud, penggunaan alat hawa dingin (jika ada) dapat dikurangkan. Juga kipas siling tidaklah sentiasa berputar ligat di angka 5.

 

Pastikan tiada ruang (gap) antara siling dan dinding kerana sistem pengudaraan (ventilation system) di atas siling akan menyedut hawa sejuk naik ke atas siling (semasa alat penghawa dingin digunakan). Alat penghawa dingin bekerja lebih bagi mengekalkan suhu bilik dan akhirnya bil elektrik meningkat lebih tinggi berbanding sebelumnya.

 

Bagi rumah kediaman yang baru dibeli, kebiasaanya pengubahsuaian dibuat pada dalam rumah dan amat jarang thermal comfort dijadikan keutamaan. Pilihlah rumah kediaman yang tidak mengadap matahari turun sekiranya ada peluang, kecualilah ada bangunan yang lebih tinggi di hadapan yang dapat menghalang cahaya matahari petang. 

Sebagai rumusannya berikut adalah langkah yang boleh diambil.

  1. Keutamaan no 1 --- perlu tangani masalah bahang terperangkap di atas siling
  2. Sediakan ventilation system @ exhaust fan di tempat yang sesuai
  3. Pasang awning pada tingkap atau pasang langsir tebal (macam plastik tebal).
  4. Pasang bidai pada dinding yang mengadap matahari turun
  5. Guna light aerated brickwall pada dinding yang mengadap matahari turun. Kerja pengubahsuaian perlu dibuat jika rumah dibeli sudah siap. Boleh guna perkara 4 di atas, tetapi perlu penyelenggaraan pada bidai supaya tahan lebih lama.

 

Nilai R dalam S.I ialah m2 C / W atau m2 K / W.

Manakala nilai R di United State pula ft2 F hr / Btu

1 R (dalam unit S.I) = 5.7 R (United State)

Perlu hati-hati apabila membuat rujukan kepada nilai R pada katalog pembekal. Rujuk unit yang digunapakai.

 

0

salam,

actually ada sejenis material (mengantikan aluminium foil) yg dijual, yg boleh berfungsi macam V cooL. Telah di uji, dengan ujian heat. Di sebelah luar temperature tinggi. Tampi di sebelah dalam temperature amat rendah, cooL jek cam V cooL. Kelebihan material ini ialah apabila di bakar direct heating dengan api, ianya tidak terbakar dan ianya juga waterproof, tak mudah koyak, can't remember the product name but it's available in the market. Obviously it involve some investment. But long run, its worth it.

 

0
Kehangatan bukan datang dari punca bumbung sahaja. Harus ambil kira dinding bata simen yang berjam2 di hangati oleh matahari dan lamapulak retain haba hingga ke malam membuat bilik bertambah paneh. Terutama bilik yg menghadapi sunset.
0
terima kasih atas penjelasan panjang lebar dari tuan ini.

 

banyak soalan di jcop ni mcm yg bertanya tu dah ada jawapan, tapi lepas tanya tu diam jer tak berkongsi ilmu yang ada. harap yg buat mcm tu boleh contohi tuan hj rosli kita ni dan secara tak langsung bantu juga JKR.

 

sekali lagi, terima kasih tuan hj.
0
saya bersetuju...

Bertanya untuk berkongsi..
0
TIPS SEJUKKAN RUMAH

1. LETAK BESEN AIR DI DALAM BILIK

2. LETAK AIS KETUL DALAM BILIK

3. HALAKAN KIPAS KE ARAH TINGKAP

4. PASANG JARING KELAMBU BESI DAN BUKA TINGKAP PADA WAKTU
MALAM HARI

5. GUNAKAN PAPAN FIBER SIMEN UNTUK SILING RUMAH

6. GUNAKAN LAMPU DARI JENIS KURANG MEMANCARKAN HABA

7. POKOK EKOR KUCING BOLEH MENYEJUKKAN RUMAH

8. CAT DINDING RUMAH DENGAN WARNA CERAH YANG DAPAT
MEMANTULKAN CAHAYA DAN HABA

9. AWNING DAPAT MEMBANTU MENGURANGKAN PEMANASAN ATAP
 RUMAH AKIBAT PANCARAN CAHAYA MATAHARI

10. JAUHKAN PENGHAWA DINGIN DARIPADA TELEVISYEN ATAU
 KOMPUTER

4 Answers

5 votes

salamz,

ini hanya pandangan saya, secara logik, nothing teknikal,

cadangan

1) tukar lantai parquet ke tiles

2) banyakkan tingkap

3) buat air ventilation. sesetengah rumah 2 tingkat, roofing di atas tangga ada some sort like chimney dipasang tingkap, for ventilation

4) kalau tingkap yg menghadap cahaya matahari pagi ke dinihari, pasang atap atas tingkap

5) amalkan senyuman yang semanis manisnya (dari tinge ke tinge) kepada usband atau wipe, senyuman yg manis bisa mencairkan hati yg keras, ini kan pulak bahang.

للهمّ يسر و لا تعسر

 

cool

 

 

14,890 points 12 50 137
edited by
6 votes

Saya berpandangan mungkin boleh digunakan Rooftop Turbine Ventalition Fan.

4,320 points 12 36 50
0
  • Bergantung kepada kualiti dan workmanship.
  • Ball-bearing (bergantung kepada kualiti) selalu hadapi masalah menyebabkan turbine tidak berpusing
  • Turbine sebagai outlet angin panas keluar --- perlu ada inlet fresh air supaya pengudaraan menjadi lebih baik
  • Bilangan turbine perlu sesuai dengan meter padu pada attic. Konsep sama seperti exhaust fan, perlu tahu berapa CFM (cubic foot per minute) yang boleh disedut keluar. Cuma turbine bagusnya, tidak memerlukan elektrik.
  • Biasanya bagi rumah teres diperlukan 2 unit turbine
  • Perlu juga penyelenggaraan kepada ball-bering. Perlu diletakkan minyak mesin dan bukannya grease (sebab berat)
  • Bangunan lama di zaman British selain siling yang tinggi, pada atap ada diletakkan ventilation seperti gambar di bawah (bentuknya lebih kurang seperti itu). Ventilation ini ada dipasaran tetapi permintaan agak kurang.

 

5 votes
1. Natural Ventilation.

2. Cross Ventilation.

3. North-south Facing building

4. Air-catch tower
10,210 points 33 70 107 1 flag
10 votes

Pada sekitar tahun 2009, saya dan beberap rakan dari JKR telah mengikuti lawatan sambil belajar ke Rumah Lincoln Lee di Semenyih. Apa yang menarik disini adalah penggunaan bahan yang dapat menurunkan suhu di dalam rumah tersebut sehingga  6 ° C ke 8 ° C lebih rendah dari suhu diluar rumah.

Rumah ini dibina dengan menggunakan tayar kereta terpakai. Dinding penahan diperbuat daripada tayar kereta, turapan konkrit mempunyai tayar dibawahnya dan asas rumah itu juga dibuat daripada tayar kereta terpakai.

Lawatan ke rumah Lee di Bandar Tasik Kesuma di Semenyih, Selangor, pada tengah hari yang panas menunjukkan bagaimana teknologi ini berfungsi. Peliknya , bahagian dalam rumah tidak terasa bahang. Malah anjung kereta konkrit cukup sejuk bagi saya untuk berjalan tanpa menggunakan kasut . Lee berkata suhu di dalam rumah itu 6 ° C hingga 8 ° C lebih sejuk daripada luar, walaupun tidak menggunakan penghawa dingin.

Asas rumah terdiri daripada beberapa lapisan tayar diletakkan di bawah kepingan polipropilena plastik ( untuk kalis air ) dan wire mesh, yang dipenuhi dengan konkrit. Sementara itu, dinding rumah itu dibina menggunakan bata konkrit berudara autoklaf (AEC), yang mempunyai gelembung udara untuk memperlahankan pergerakan haba melaluinya. Ini sekali gus mengurangkan penghantaran haba ke dalam rumah.

Ketiadaan penghawa dingin di rumah Lee menjimatkan 80 % daripada bil elektrik beliau. Bukan itu sahaja, rumahnya juga menjana elektrik sendiri di siang hari melalui panel photovoltaic solar di atas bumbung. Ini menjadikannya lebih cekap tenaga. Pembinaan keseluruhan menggunakan sehingga 50% kurang bahan binaan kerana menggunakan tayar terpakai ( tayar sukar untuk dilupuskan dan mahal untuk dikitar semula ). Secara tak langsung ianya dapat menjimatkan kos bangunan.

Lee mendapat idea menggunakan tayar dalam pembinaan rumah lebih 10 tahun lalu selepas menonton pasukan lumba kereta F1 menjaga tayar mereka yang hangat dengan meliputi mereka . Semasa memandu untuk jarak jauh , Lee menyentuh tayar kereta apabila berhenti untuk berehat. Pada mulanya , tayar agak panas tetapi selepas beberapa ketika , tayar menjadi sejuk . Dari sinilah idea untuk membina sebuah rumah dengan penggunaan tayar diilhamkan.
 
Oleh itu, idea ini boleh dijadikan panduan atau ditambah baik bagi mencapai tujuan keselesaan kediaman bagi negara kita yang beriklim Tropika.
 
Semoga perkogsian pengalaman saya ini dapat memberi faedah kepada semua... InsyaAllah...
 
"Sharing is Caring"
 
22,410 points 22 83 142 1 flag
edited by
...