Punca projek lewat diserahkan boleh disebabkan oleh masalah-masalah yang timbul di salah satu atau kesemua fasa pewujudan aset iaitu perancangan, rekabentuk, perolehan, pembinaan dan penyerahan. Buat masa ini, pihak senggara tidak terlibat secara direct dengan salah satu atau setiap fasa pewujudan aset. Walaubagaimanapun, apabila pengurusan aset menyeluruh telah dipraktikkan oleh jabatan dalam tempoh 2 hingga 3 tahun lagi akan ada kemungkinan penglibatan yang lebih besar daripada pihak senggara didalam projek pembangunan.