Setahu saya, program Building Condition Assessment (BCA) dilaksanakan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan adalah bertujuan untuk:
1. Memastikan kefungsian, keselamatan & keselesaan bangunan
2. Memastikan keperluan operasi & penyenggaraan aset dapat dilaksanakan dengan mudah dan berkesan.
3. Memberikan Keyakinan kepada pengguna terhadap aset yang diterima /diduduki.
Untuk makluman, pihak tuan boleh mengikuti kursus-kursus berkaitan Penyelenggaraan yang dianjurkan oleh Cawangan Latihan dan Inovasi, dimana nota-nota dan penerangan mengenai BCA akan diterangkan dengan lebih lanjut.