Tuan,
Sebelum berlakunya perpindahan daripada JKR Midvalley ke KKR2 kita dah lihat betapa masalah parking yang dihadapi oleh staf JKR dah kritikal apatah lagi bila berlakunya perpindahan semua staf JKR dari Midvalley.
Tak silap saya KKR2 hanya menyediakan 1000 lots parking sahaja (boleh sahkan dengan CKBA) dan jika dicongakkan dengan parking merata termasuk di padang Merbok dan tepi jalan serta perpindahan semua staf dari Midvalley saya percaya masalah Parking akan terus membelengu warga JKR.
Bagi saya Parking tepi jalan yang disediakan untuk sementara sebelum ini perlu dikekalkan. JKR juga perlu memohon agar pihak KKR dapat memberi Kuota yang lebih kepada warga JKR untuk parking di blok B KKR.
Ini pandangan saya, terimakasih