Tuan,
Saya amat bersetuju diwujudkan laluan khas motosikal. Persoalannya ialah Bila??
Suka saya tumpukan ulasan kepada Bandaraya Kuala Lumpur dan saya berpendapat ianya sepatut juga diikuti oleh bandar-bandar yang lain.
Ini saya petik sedikit daripada Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 pada Klausa415 & 416 yang mana tertulis
415 : Motosikal mewakili lebih kurang 23 peratus pengguna jalan raya di Kuala Lumpur. Kenderaan ini yang kebanyakannya digunakan oleh golongan muda dan berpendapatan rendah, merupakan pengangkutan yang cepat, fleksibel dan ekonomik di Bandar Raya.
416 : Sekitar 52 peratus daripada jumlah kemalangan maut dan serius di Kuala Lumpur melibatkan motosikal. Motosikal adalah penyumbang utama pencemaran udara dan kebisingan. Penyebaran kebisingan daripada motosikal di Pusat Bandar Raya adalah melebihi had kebisingan yang dibenarkan (Malaysia Environmental Quality Report 1996, DOE).
Manakala dalam Klausa 10.4.3 (a) 448 dan 449
a) Motosikal
448 : Ketika Kuala Lumpur berusaha untuk mewujudkan satu persekitaran hidup yang lebih bersih dan selamat, peranan motosikal dalam pengangkutan perlu dikaji. Pengguna motosikal merupakan peratusan yang besar yang akan menikmati faedah daripada sistem pengangkutan awam yang lebih komprehensif. Perspektif jangka masa panjang dalam pembangunan sistem pengangkutan awam akan memperlihatkan kepada menggalakkan pengguna motosikal untuk lebih menggunakan pengangkutan awam dan mengehadkan penggunaan motosikal di Pusat Bandar Raya hanya bagi pengguna-pengguna tertentu. Untuk jangka masa panjang, langkah-langkah untuk menggalakkan pengguna motosikal lebih menggunakan pengangkutan awam dan mengehadkan penggunaan motosikal di Pusat Bandar Raya hanya bagi pengguna-pengguna tertentu perlu dikaji
449 : Dalam jangka masa pendek dan sederhana, langkah-langkah akan dilaksanakan untuk meningkatkan keselamatan pengguna motosikal dan penguatkuasaan yang lebih ketat ke atas peraturan sedia ada.
Dasar:
TT 12: DBKL akan membantu dan menyelaras dengan agensi-agensi yang berkaitan dalam meningkatkan infrastruktur jalan bagi meningkatkan keselamatan pengguna motosikal
Ini pula saya petik daripada Dasar Perbandaran Negara pada DPN 17;
DPN17 Rangkaian jalan raya yang lebih menyeluruh dibangunkan bagi meningkatkan aksesibiliti dan mobiliti di dalam dan di antara bandar.
i. Membangunkan jalan raya mengikut hierarki.
ii. Meningkatkan aksesibiliti bagi melancarkan pergerakan kenderaan melalui penyediaan jalan lingkaran, jalan pintas dan laluan sehala.
iii. Menyediakan laluan/lorong khas untuk motosikal dan pejalan kaki di dalam kawasan bandar.
Persoalannya disini, adakah dasar ini akan hanya tinggal dasar sahaja?? Telah lama laluan untuk motosikal ini diperkatakan,.. so solusinya??? atau mungkin pada 2020 nanti kita akan dapat melihat impaknya kepada pengguna Motosikal ini.
Sekian, sekadar perkongsian.
Mohd Fairuz Muhamad