search
Log In
11 votes
229 views
Projek ini adalah konventional (inhouse).

Kalau projek  reka & bina.... macamana pulak?
in Contract Administration 23,840 points 32 79 152

1 Answer

4 votes
 
Best answer

salamz,

pandangan saya,

1) kalau konvensional - maka ianya sepatut dikira sebagai VO kerana design telah bertukar. Ini adalah to be fair to the contractor. maybe dia priced his pile low, atau ketika dia letakkan harga,  harga pile di pasaran masih rendah.

What if terjadi macam kes dimana harga besi dan segala harga barang barang construction melonjak naik? We can't force him to do job dengan kadar harga yang sama. Sebab itu di consider sebagai VO dan rate di tentukan oleh jawatan kuasa VO. (Keyword here design telah bertukar dimana ianya adalah diluar kawalan kontraktor). 

Walau bagaimana pun selalunya (kalau tidak ada kenaikan harga barang), kontraktor akan price ikut price piling  yang ada dalam BQ. Sebab lebih mudah. kalau tidak kena preparekan breakdown cost dan pelbagai paperwork yg perlu di bentangkan kepada Jawatan Kuasa VO untuk mendapatkan kelulusan.

Therefore walaupun VO, tetapi harga pile tetap sama.  Cuma total kos akan bertambah kerana bilangan pile bertambah.

Having said all that, pada saya ia tak sepatutnya di anggap sebagai remeasurement.

Remeasurement contohnya  macam street lighting.

Dalam 1 kilometer jalan yang dibina katakan lah ada 5 street lighting atau lampu jalan yang perlu di pasang. Penduduk kampung mintak tambah 1 lagi di kawasan gelap sebab kes ragut di kawasan tersebut. Maka di tambah satu tiang lampu lagi. Cam tu boleh di anggap remeasurement.

 

Kalau projek design and built,  isu VO sepatutnya tidak timbul. 

Design and built ni involve risk, both party kena take risk at the agreed harga yang ditawarkan.

Hav to check apa yg menyebabkan perubahan rekabentuk, is it becoz consultant silap dalam design? under estimate? Whatever it is main contractor perlu bertanggungjawab di atas kesilapan consultant becoz perunding adalah di bawah contractor.

 

للهمّ يسر و لا تعسر

 

cool

 

14,890 points 12 50 137
selected by
0
Sebagai tambahan kepada jawapan di atas, bagi projek konvensional, lazimnya kerja-kerja cerucuk dihargakan sebagai kuantiti sementara dalam Senarai Kuantiti. Sekiranya terdapat pertambahan disebabkan perubahan rekabentuk asas/ perubahan kuantiti, kerja ini tertakluk kepada pengukuran semula.

Bagi projek Reka & Bina, merujuk kepada klausa 58 kpd PWD FORM DB (Rev. 1/2010) sekiranya kerja-kerja cerucuk dihargakan sebagai kuantiti sementara, ia adalah tertakluk kepada pengukuran semula kuantiti sebagai kerja yang telah dilaksanakan. Sekiranya terdapat kurangan dalam kuantiti, kos kepada Harga Kontrak hendaklah dikurangkan dengan sewajarnya. Dalam keadaan di mana terdapat peningkatan kos, pihak Kerajaan tidak akan bertanggungan terhadap kos tambahan tersebut sekiranya ia disebabkan oleh kesilapan, kesalahan, kekurangan atau kecuaian kontraktor /perunding dalam penyediaan pengukuran kuantiti tersebut.Kos peningkatan berkenaan perlulah ditanggung sepenuhnya oleh kontraktor.
...