Secara amnya, JCoP merupakan salah satu platform/tool yang boleh digunapai di dalam perkongsian maklumat - yang mempunyai pros dan cons. Saya bersetuju dengan pendapat Tuan, sekiranya topik yang berkaitan tidak ditanya oleh mana-mana pengguna, ianya tidak akan dibincangan dengan lebih lanjut di dalam JCoP. Saya juga bersetuju dengan cadangan untuk menyediakan laman yang berbentuk forum di mana maklumat berkaitan dengan projek dapat dibincangkan mengikut tajuk/topik dengan lebih tersusun.
Namun begitu, berdasarkan kepada sambutan yang diberikan oleh pengguna JCoP setakat ini, saya mendapati ianya merupakan satu platform yang bersesuaian (berdasarkan kepada objektif asal penubuhan JCoP) dengan cara warga Jabatan menjalankan tugasan seharian. Kebiasaannya apabila terdapat sebarang masalah yang dihadapi, pengguna akan cuba mencari jawapan dengan bertanya kepada seseorang ataupun merujuk kepada garispanduan/manual.
Dengan menggunakan ciri-ciri yang terdapat di dalam JCoP, pengguna boleh terus menaip soalan tersebut - sekiranya terdapat soalan yang sama yang telah ditanya oleh pengguna sebelum ini, JCoP akan dapat mengesannya berdasarkan kepada kata kunci yang digunakan dan soalan/jawapan tersebut akan dipaparkan. Fungsi ini amat berkesan berbanding dengan penggunaan social media seperti Facebook group yang membenarkan sebarang soalan ditanya walaupun terdapat kemungkinan ianya adalah repetitive questions.
Penggunaan forum juga berkesan di dalam perkara ini. Namun salah satu isu yang saya dapati mengenai forum (berdasarkan pengalaman saya menggunakan forum cari.com.my dan lowyat.net), sekiranya topik tersebut telah dibincangan dan maklumbalas yang diterima mencapai 10 m/s dan ke atas, agak sukar untuk saya mencari maklumat yang diperlukan - pengguna perlu menyemak setiap helaian untuk mendapatkan jawapan (we can become overwhelmed at times)
Mungkin buat masa sekarang, maklumbalas kepada soalan yang ditanya ada yang mengambil sedikit masa untuk dijawab (sebagaimana yang dijelaskan oleh Tuan, di dalam kes di mana pegawai offline dan sebagainya). Akan tetapi saya percaya dalam sedikit masa lagi, Insya Allah, apabila JCoP semakin dikenali dan diguna oleh ramai pihak, maklumbalas tersebut akan didapati di dalam masa yang singkat.
Apa yang penting, penggunaan JCoP sedikit sebanyak telah membantu untuk membudayakan perkongsian maklumat di kalangan warga JKR sebagai salah satu usaha berterusan untuk menjadikan JKR sebagai sebuah organisasi pembelajaran(terutamanya tacit knowledge yang sememangnya diketahui ramai sukar untuk diterjemahkan di dalam bentuk perkataan/gambarajah/imej).