search
Log In
13 votes
88 views
in Assets & Facilities Management 1,080 points 2 4 12

2 Answers

5 votes
Kalau dilihat senario sekarang sptnya tiada kesinambungan...tanggungjawab projek habis sehingga penyerahan ....kemudian diambil alih oleh pengurusan penyenggaraan. Keperluan penyenggaraan jarang diambil kira oleh pihak pengurusan projek. Bahagian pengurusan  penyenggaraan akan menjadi pening kepala untuk menyenggara bangunan untuk 50 tahun lagi. Lebih-lebih lagi bangunan  bermasalah walaupun pada dasarnya nampak cantik.

Contoh kos penggantian setiap  keping  gelas yang pecah pada bangunan memerlukan sewa pihak pengurusan penyenggaraan untuk menyewa helikopter....bukankah itu menyusahkan...

Adapula bangunan yang berisiko kepada keselamatan pekerja untuk disenggara.....

Sepatutnya keluhan ini dinilai sewaktu projek sedang dirancang lagi........barulah boleh mengurangkan mimpi ngeri dalam fasa penyenggaraan nanti...... sekadar pendapat
2,930 points 5 11 19
6 votes

Kesinambungan antara Pengurusan Projek dan Pengurusan Penyenggaraan di JKR sebenarnya wujud. Cuma tahapnya masih kecil. Dalam JKR itu sendiri telah semua sedia maklum bahawa terdapat bahagian projek dan penyenggaraan baik jalan mahupun bangunan. Cuma cabarannya sekarang ini adalah jenis aset dan fasiliti yang dibina. Kalau dahulu aset yang dibina adalah yang asas sahaja. Contohnya projek jalan yang merangkumi permukaan jalan, longkang tepi jalan, besi penghadang jalan (guard rail) dan papan tanda jalan. Jadi penyenggaraan tidak menjadi isu atau masalah yang besar. Bagaimanapun disebabkan peredaran masa, teknologi dan keperluan maka aset jalan disediakan menjadi lebih kompleks bukan setakat, permukaan jalan, longkang tepi jalan, besi penghadang jalan atau papan tanda tetapi merangkumi peralatan elektrik seperti lampu jalan, lampu isyarat. 'sensor' lampu isyarat, 'feeder pillar' tembok penahan yang pelbagai (RE wall, short crete wall, keystone wall, anchor wall, wall with gun nailing), kamera CCTV, 'variable messaging system' dll. Begitu juga dengan aset dan fasiliti bangunan. Bukan pembinaan bangunan yang asas sahaja tetapi menjadi lebih rumit, pelbagai bertingkat-tingkat (multi storey).  Jadi tak nak tak pengurusan projek dan penyenggaraan seharusnya lebih menyeluruh dan mempunyai kesinambungan.

2,440 points 5 20 31
...