search
Log In
14 votes
187 views

Setakat pengetahuan saya, Perbadanan Aset Keretapi (PAK) telah ditubuhkan di bawah Akta Keretapi 1991 (Akta 463). Tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada PAK adalah seperti berikut:

  1. Bertanggungjawab ke atas pengurusan aset dan tanggungan liabiliti Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan perletakan tanah keretapi milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) sebelum 1 Ogos 1992 kepada PAK;
  2. Melaksanakan tanggungjawab memaju dan memajukan semula infrastruktur keretapi; dan
  3. Membiayai pembangunan infrastruktur keretapi yang telah dipertanggungjawabkan melalui sumber-sumber yang diperolehi daripada aktiviti-aktiviti penyewaan dan pajakan tanah-tanah keretapi serta peruntukan dari Kerajaan.

Merujuk kepada keperluan Jabatan dalam melanjutkan pengajian peringkat Sarjana dalam Railway Engineering, mungkin terdapat beberapa perancangan daripada Jabatan mengenai subjek tersebut dan boleh dikongsi bersama kerana saya tidak dapat cari di dalam JKR Strategic Framework 2012-2015.

in Miscellaneous 14,140 points 28 49 83
edited by
0

Maklumat dari laman web CPUM:-

Penubuhan Unit MRT

Unit MRT ditubuhkan bagi membantu Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) menjalankan peranan sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif MRT (EXCO MRT) untuk menyelaras dan menyelesaikan isu antara agensi pelaksanaan Projek ini. EXCO MRT juga berperanan membuat ketetapan dasar pelaksanaan projek MRT yang memberi kesan sederhana atau besar.     
     
Selain itu, Jemaah Menteri dan EXCO  MRT telah bersetuju agar JKR menjalankan khidmat Sokongan Tadbir Urus Pihak Ketiga (Third Party Project Governance Support, PGS) projek MRT bagi menjaga kepentingan kerajaan dengan peranan-peranan seperti berikut:

  1. Memberi semakan & imbangan.
  2. Memastikan konsep pelaksanaan yang jelas dan pengukusan prestasi pakej kerja.
  3. Memastikan pengkongsian risiko antara pihak terlibat.
  4. Menyelesaikan pertikaian isu teknikal & menjaga kepentingan kerajaan 

Di samping itu, Unit MRT juga ditubuhkan bagi menyahut saranan Menteri Kerja Raya supaya JKR terlibat giat dalam bidang baru pembangunan seperti projek MRT ini. Unit MRT akan menjalankan aktiviti seperti berikut:-

  • Pasukan Audit Teknikal Projek MRT - Membantu Jabatan Audit Negara melaksana Audit Teknikal Projek MRT.
  • Khidmat nasihat Teknikal Berkenaan Kejuruteraan Keretapi - Memberi khidmat nasihat teknikal kepada agensi kerajaan berkenaan Kejuruteraan Keretapi dalam pelaksanaan Pengurusan Nilai dan Jawatankuasa Pemandu Pembinaan Projek Keretapi.
  • Pembangunan Kompetensi Kejuruteraan Keretapi - Membina keupayaan dan kompetensi baru bagi JKR dan pegawai-pegawai profesionalnya dalam bidang baru seperti pembangunan keretapi dan pengangkutan awam.

**MRT Corporation adalah sebuah GLC di bawah PEMANDU dan tidak mempunyai kakitangan teknikal yang lengkap. Oleh yang demikian, 3rd Party PGS oleh JKR dihantar merangkumi keseluruhan disiplin teknikal bagi membantu MRT Corp.

3 Answers

4 votes
 
Best answer
Bidang Railway Engineering merupakan bidang baru yang diceburi JKR. Melalui penglibatan JKR dalam projek MRT, Kerajaan sedar JKR boleh memainkan peranan yang penting, terutamanya dalam memastikan kepentingan Kerajaan dipelihara. Dengan ini, JKR perlu membangunkan ramai pakar dalam bidang ini. Seramai 10 orang calon Sarjana dalam bidang ini telah ditemuduga baru-baru ini. Beberapa orang pegawa JKR juga telah menyertai cross fertilisation program yang bertujuan untuk membangunkan kompetensi pegawai JKR dalam bidang ini.

Tuan bolehlah hubungi En. Anuar Kassim untuk penjelasan lebih lanjut mengenai hala tuju Jabatan berkaitan dengan hal ini..
6,190 points 6 17 33
selected by
4 votes
Saya berpandangan, Jabatan sedang merangka starategi dan perancangan yang khusus untuk menjadi peneraju di dalam pembangunan infrastruktur negara, Justeru itu dengan meningkatkan modal insan di dalam bidang-bidang kepakaran tertentu adalah menjadi keutamaan buat masa ini. Memandangkan Agensi Teknikal yang tersohor di Malaysia ini hanya JKR dan JPS, segala kepakaran di dalam semual lapangan bidang perlu dilengkapkan JKR untuk menjadi rujukan semua agensi kerajaan terutama apabila berlaku kejadian banjir di Pantai Timur yang memusnahkan infrastruktur seperti Landasan Keretapi yang menjadi penghubung penting terutama golongan di Luar Bandar yang bergantung harap pada kemudahan keretapi tersebut.
9,550 points 25 58 109
2 votes
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bagi saya railway engineering adalah satu bidang kejuruteraan yang berdiri dengan sendiri. Bidang ini merentasi disiplin kejuruteraan awam, struktur, mekanikal, elektrikal secara general dan melibatkan pengkhususan secara spesifik untuk setiap disiplin. Antara bidang yang lebih spesifik ialah rolling stock, signalling dan bidang-bidang lain yang melibatkan interaksi yang sangat rapat antara satu sama lain. Penyelenggarannya juga adalah sangat sensitif dan kompleks.

Railway engineering adalah satu bidang yang menarik dan berbaloi untuk diterokai kerana ia menawarkan satu bentuk bulk transportation. Salah satu solusi kepada masalah pengangkutan awam dan kesesakan traffik sedia ada di negara ini.

Saya berpendapat JKR harus mencari peluang dan memberikan peluang kepada pegawai-pegawai yang berminat untuk terlibat dalam bidang ini. Kita boleh. JKR mampu melakukannya.
1,890 points 2 13 26
...