Kebiasaannya kos PA sistem diperuntukkan dalam item Prime Cost Sum dlm kontrak utama. Sejumlah peruntukkan dianggarkan oleh JKR Elektrik semasa menender (kebiasaannya > RM100,000.00) Apabila kontraktor berjaya di awad, JKR akan memanggil sebutharga bagi item PA Sistem tersebut. Kebiasaan kos sementara semasa ditender tadi akan burst. Why..? kerana SRS or what ever system u call it..bergantung kepada jenama speaker, amplifier, etc..
Percayalah, walau di allow 300k sekalipun PC item ini, kebarangkalian peningkatan kos akan berlaku.
As a QS, pandangan saya dari segi "system requirement must have value for money". Sejauh mana sistem yg digunapakai "value for money"? Pernah JKR buat kajian kepuasan hati pelanggan berkenaan PA sistem di masjid contohnya? Kenapa PA sistem bernilai ratusan ribu hanya mampu bertahan selama defect liability period shj?
Memasang PA bukan semudah pasang then asalkan bunyi..its ok then.. JKR mesti ada cara untuk memastikan PA sistem tu mengikut international standard. Yes JKR ada specs for PA system but saya tak fikir JKR jelas apakah standard PA yg sebenar dimahukan. Berapa index kejelasan bunyi standard untuk dewan? masjid? Berapa nilai gema (echo) yg dibenarkan dlm satu2 bangunan? Kita tak semestinya perlu SRS bagi menyelesaikan masalah kejelasan bunyi atau gema, tapi kita perlukan kepakaran (knowledge) menyeluruh dalam hal ini.
Isu utama : Kos PA sistem yang mahal tetapi tidak menggambarkan produk yang efisyen (value for money). Well, "kita tak perlu beli kereta mercedes just untuk hantar anak ke sekolah..guna kereta saga pun insyaalah anak tetap sampai ke sekolah..yang penting kita ada lesen kereta atau tidak?"
Tepuk dada tanya selera...