search
Log In
23 votes
186 views
in Cost Management 280 points 1 2 3
0
Tuan,

Kos pembinaan projek kerajaan lebih tinggi berbanding projek swasta adalah sangat subjektif dimana bergantung standard material dan spesifikasi yang ditetapkan. Untuk makluman, di luar sana terdapat banyak level of quality spesifikasi yang kita boleh dapati. Ada yang rendah, moderate dan high speksifikasi.

3 Answers

4 votes

Agak sukar untuk menjawab soalan tuan ini sekiranya ianya berlandaskan kepada persepsi dan tidak didokong dengan statistik. Saya beranggapan sekiranya stastik menunjukkan perkara ini berlaku, kajian akan dapat membantu mengenalpasti faktor-faktor penyebab perkara ini. 

 

 

34,200 points 16 57 148
5 votes
Antara faktor yang menyebabkan kos pembinaan projek Kerajaan lebih tinggi berbanding projek swasta adalah kerana spesifikasi yang digunapakai oleh JKR adalah tinggi. Spesifikasi tinggi ini sebenarnya menjamin kepada kualiti pembinaan sesebuah projek. Pihak JKR tidak melaksanakan sesuatu projek atas dasar keuntungan tetapi atas dasar kualiti yang terbaik dan untuk jangka masa panjang. Tetapi lain di pihak swasta, ada segelintir melepasi tahap minimum sahaja kerana mereka melaksanakan sesuatu projek atas dasar keuntungan.

Sekian. Betulkan andai ada kesilapan.

Terima kasih.
4,490 points 6 16 27
2 votes

Berdasarkan pengalaman saya selama 20 tahun di sebuah syarikat yang berkecimpung dalam bidang pembangunan hartanah/pembinaan dan pengendal lebuhraya, saya merasakan kenyataan atau soalan ini agak tidak releven. Jika kos binaan dikira dengan perbandingan 'apple to apple' pada pandangan saya harga projek Kerajaan akan menjadi lebih murah.

Berbanding projek swasta, keseluruhan kos adalah tertumpu kepada pembinaan dan tidak kepada perkara-perkara 'preliminary ' seperti kemudahan kenderaan, komputer, perjalanan dan sebagainya. Walau pun perbelanjaan bagi perkara tersebut kecil namun akan secara langsung meningkatkan kos pembinaan.

Kebanyakan projek swasta tidak memperuntukkan pembelian peralatan utk penyeliaan projek dalam kos projek mereka. Syarikat kami saya pernah mendapat tender membina IKM di Serom 5, namun tiada peruntukan dibenarkan  utk pembelian aset berbentuk kemudahan kepada wakil Techart (MARA) di tapak.

  

 

34,630 points 18 61 148 1 flag
0

Kos pembinaan Kerajaan lebih mahal dari Swasta memandangkan kualiti yang digariskan dalam spesikasi projek adalah tinggi, peralatan pelanggan terutamanya projek hospital adalah berteknologi terkini dan beberapa compliance dalam preliminaries yang kontraktor perlu praktik iaitu safety plan, safety officers, quality plan dan lain-lain faktor yang meningkat sesebuah kontrak Kerajaan.

...