Saya kurang bersetuju sekiranya model BIM dilaksanakan oleh perunding BIM sekiranya rekabentuk telah pun disiapkan oleh perunding-perunding sebagai contoh (Arkitek, Struktur, M&E dll.). Kefahaman rekabentuk BIM modeller hanya terbatas kepada kepakaran bidang beliau sendiri, sebagai contoh BIM modeller arkitek mungkin tidak memahami lukisan 2D elektrikal untuk di modelkan didalam BIM atau lukisan 2D struktur.
Oleh itu untuk mendapatkan BIM model yang baik lantikan BIM modeller perlu dibuat untuk semua displin yang terlibat. Oleh sebab itu, arahan yang dikeluarkan oleh BIM modeller akan tidak diendahkan sekiranya pada pandangan perunding tidak pakar beliau tidak pakar didalam memahami rekabentuk mereka untuk dimodelkan. Kadar bayaran tidak setimpal atau tidak bergantung kepada proses rundingan jumlah bayaran yang sanggup diterima oleh BIM modeller kerana buat masa ini saya masih tidak temui garis panduan bayaran kerja BIM modeller di Malaysia.
Berbalik kepada persoalan, "readiness" perunding kepada BIM, satu mekanisma pengukuran tahap kesediaan peringkat nasional perlu diadakan terlebih dahulu berdasarkan faktor yang dinyatakan atau faktor yang lain yang difikirkan perlu sebagai contoh "standard" dan lain-lain. Sekiranya kayu pengukur ini wujud tahap kesediaan boleh diukur dengan adil dan sistematik.
Cara bayaran kepada perunding BIM merupakan satu topik yang memang hangat dibincangkan oleh BIM modeller diseluruh dunia. Kebanyakan mereka bersetuju agar kadar ditetapkan kepada keluasan lantai secara dasarnya dengan mengambil kira kerumitan model dari segi keperluan rekabentuk yang perlu dimodelkan, tahap LOD, tahap keperluan penggunaan Model (analisa, rendering, penyediaan spesifikasi dan dll) dan pelbagai faktor lain yang perlu diambil kira. Oleh itu saya mencadangkan agar CSA dikaji semula untuk membuat pembayaran dibawah item Kepakaran BIM.
Saya berpendapat CSA perlu diubah kerana buat masa ini ia adalah untuk projek-projek konvensional dan ia tidak sesuai untuk projek BIM yang mempunyai output proses kerja berbeza seperti BIM model yang boleh digunakan seperti untuk "clash detection" dan sebagainya.