search
Log In
16 votes
392 views
Apakah perbezaan di antara patent dan latent defects?

Apakah garispanduan/klausa di dalam kontrak yang ada bagi menentukan sesuatu kecacatan yang berlaku di dalam tempoh pembinaan/sebelum bangunan diserah boleh di bawa ke tempoh DLP dan tidak menjejaskan pengeluaran CPC oleh JKR?

Adakah NCR wajar dikeluarkan bagi kecacatan yang berlaku ataupun cukup dengan sekadar ulasan berekod.

 

Penjelasan dari CKUB atau pegawai kontrak dan ukur bahan amatlah dialu-alukan.
in Building 2,570 points 5 22 30

1 Answer

5 votes
 
Best answer
Patent defects adalah kecacatan yang dapat dikesan semasa pemeriksaan visual dan ujian. Latent defects adalah kecacatan yang tidak dapat dikesan semasa pemeriksaan visual dan ujian dan hanya timbul dimasa hadapan.

Pengeluaran CPC hendaklah dibuat sekiranya kecacatan yang ditemui tidak menjejaskan hasrat penggunaan bangunan yang dibina.

NCR perlu dikeluarkan sebagai rekod ketidakpatuhan dan adalah menjadi tanggungjawab kontraktor untuk memberikan maklumbalas.
34,180 points 16 57 148
selected by
...