Gempa bumi yang berlaku di Ranau adalah pada kekuatan tahap 5.9 dan epicentrenya pula adalah agak berdekatan> Jika dilihat tahap kerosakan yang berlaku akibat gempa bumi ini, kerosakan yang berlaku adalah tertumpu kepada kerosakan arkitektur sahaja dan tidak banyak berlaku kerosakan yang melibatkan struktur. Pada dasarnya keutuhan struktur bangunan adalah baik walaupun ianya direka berpandukan kepada kod kod rekabentuk yang tidak mengambil kira kesan seismik. Namun, bagi memastikan keutuhan bangunan baru menahan kesan gempa yang lebih kuat di masa akan datang, maka keperluan rekabentuk seismik perlu juga diambil kira. Pihak JKR sememangnya sedang tertunggu akan National Annex untuk Kod Rekabentuk EC8 yang dijangka siap pada tahun hadapan. Untuk sementara ini, pihak CKAS telah pun mencadangkan penggunaan beban seismik kepada beberapa agensi kerajaan dan akan mengambil kira beban tersebut untuk kerja rekabentuk di dalam JKR.
Selain dari itu, sebarang penambaikan untuk berhadapan dengan keadaan gempa bumi ini, ianya nya juga perlu meliputi detailing detailing arkitektur dan tidak hanya melihat kepada keutuhan struktur sahaja.