search
Log In
25 votes
176 views
Setiap bulan kebanyakan penjawat awam terpaksa memberi masa yang panjang untuk melengkapkan dan menyediakan borang ini,

Kertas A4 yang digunakan juga banyak, sekiranya 60% daripada 1.2juta penjawat awam bersamaan 720,000 orang membuat tuntutan setiap bulan dan sekiranya keperluan seorang pegawai adalah 10 helai A4 untuk tuntutan setiap bulan jumlah wang yang dibelanjakan setiap bulan adalah seperti berikut.

720,000 orang  x 10 helai = 7,200,000 helai.

(1 rim A4 = 500 helai = RM 12.00)

7,200,000 / 500 x RM 12.00 = RM 172,800 sebulan, (Setahun = RM 2,073,600)

Kos diatas tidak mengambil kira kos dakwat pencetak dan juga masa yang sepatutnya digunakan oleh pegawai untuk melaksanakan tugasan yang lebih mustahak.

Oleh itu saya mencadangkan e-TNT difikirkan dan dilaksanakan untuk mengurangkan penggunaan kertas dan menjimatkan masa mengisi borang tersebut dan juga menjawab soalan inkuiri sekiranya diperlukan.
in Human Resource Management 34,220 points 16 58 148
0
Saya menyokong penuh cadangan dari tuan. Sememangnya penjimatan kepada kos-kos sampingan sebegini perlulah dititik beratkan.

3 Answers

16 votes
 
Best answer
Cadangan yang amat2 menarik dan sememangnya berguna sekiranya dapat dapat dilaksanakan. Berdasarkan kepada anggaran kiraan di atas, memang signikan kos yang dapat dijimatkan. Sy merasakan sistem yang dicadangkan oleh Tuan tidaklah begitu sukar untuk dibangunkan.

Dengan mengambil contoh e-Hasil yang dibangunkan oleh pihak LHDN (walaupun item2 di dalam borang tersebut adalah generik dan standard), sistem tersebut berupaya untuk mengurangkan kos cetakan borang disamping mempercepatkan/memudahkan pengguna untuk mengisi maklumat. Perkara yang sama boleh dilaksanakan dengan borang tuntutan perjalanan bulanan.
48,090 points 33 87 171
edited by
0

Tuan memberikan contoh yang baik dengan e-Hasil. Mungkin sudah tiba masa kepakaran tuan dalam ICT boleh digunakan untuk menghasilkan sistem ini satu hari nanti. Insyallah.

0
Ya, benar. Tiada yang mustahil.
9 votes
Saya menyokong penuh cadangan ini.
10,210 points 33 70 107
6 votes

http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/e-tnt-mudahkan-proses-tuntutan-elaun-penjawat-awam-1.108700

KUALA TERENGGANU 29 Jun – Kumpulan inovatif dan kreatif (KIK) Politeknik Kuala Terengganu (PKT) melakar satu lagi sejarah pencapaiannya apabila muncul sebagai juara kategori pengurusan KIK Politeknik Malaysia peringkat kebangsaan baru-baru ini dengan mengetengahkan sistem E-TNT.

Rungutan yang sering kede­ngaran dalam urusan pentabiran memberikan ilham kepada mereka membangunkan sistem berkenaan bagi mempermudahkan proses tuntutan perjalanan dan elaun le­bih masa kakitangan awam.

Ketua kumpulan, Haziman Madiah berkata, sistem ini juga bukan sahaja dapat menjimatkan masa, tenaga dan kos malah boleh membantu meningkatkan kecekapan dalam pengurusan kewangan.

“Sistem ini telah diseragamkan penggunaannya di beberapa Jabatan sekitar Kuala Terengganu dan akan diperluaskan ke seluruh Politeknik Malaysia.

“Untuk masa akan datang, ia akan dimajukan lagi penggunaannya ke peringkat seluruh kementerian yang boleh memberi manafaat kepada hampir 1.6 juta penjawat awam,” katanya.

Beliau memberitahu Utusan Malaysia di sini hari ini, pihaknya mengambil masa selama hampir satu tahun bagi membangunkan sistem berkenaan.

Konvensyen KIK selama tiga hari yang berlangsung di Perlis disertai oleh politeknik seluruh negara dengan penyertaan sebanyak 37 buah kumpulan yang telah me­nunjukkan hasil kreativiti masing-masing melalui kategori pengurus­an dan teknikal.

Sementara itu Pengarah PKT, Radiah Che Su menyatakan rasa bangga dengan pencapaian yang dianggap paling cemerlang dalam sejarah konvensyen KIK Politeknik peringkat kebangsaan.

“Saya ucapkan syabas kepada seluruh ahli kumpulan iaitu Suzana Mohd Ali, Haziman Madiah, Marzuki Hussain, Nik Norlelawati Nik Mukhtar, Tengku Azlan Tengku Dalam, Noorazura Che Nazar, Albaihaki Awang dan Safiahanis Amiruddin.

“Kumpulan ini akan mewakili Politeknik Kuala Terengganu bagi kategori pengurusan dalam konvensyen KIK peringkat Kementerian Pendidikan yang bakal diadakan dalam sedikit masa lagi,” tambahnya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/e-tnt-mudahkan-proses-tuntutan-elaun-penjawat-awam-1.108700#sthash.AkzOQ0DP.dpuf

48,090 points 33 87 171
...