search
Log In
19 votes
720 views
Apakah perbezaan antara Pengurusan Fasiliti dan Penyenggaraan?
in Assets & Facilities Management 1,370 points 5 8 12

4 Answers

10 votes
 
Best answer

Saya bersetuju dengan jawapan-jawapan yang diberikan oleh rakan-rakan kita sebelum ini.

Bagi saya, terdapat perbezaan antara Penyenggaraan dan Pengurusan Fasiliti. Naratifnya kita melihat kedua-kedua perkara ini adalah sama. Saya akan cuba menjelaskan menggunakan contoh-contoh di sekeliling kita.

Secara umumnya, Penyenggaraan dilaksanakan bertujuan untuk memastikan aset tak alih beroperasi dengan optimum (zero downtime). Terdapat dua (2) jenis penyenggaraan iaitu :

a) Penyenggaraan Pencegahan (Penyenggaraan Rutin dan Penyenggaraan Berkala)

b) Penyenggaraan Pembaikan

Sehubungan dengan itu, Penyenggaraan adalah berteraskan aspek fizikal sahaja. Saya akan jelaskan lebih lanjut seperti di bawah.

Sebelum itu, kita lihat pula apa yang dimaksudkan Pengurusan Fasiliti. Seperti jawapan rakan-rakan kita, definisi daripada BIFM dan IFMA menjadi rujukan bersama. Namun, untuk pemahaman yang lebih mudah, Pengurusan Fasiliti adalah satu bentuk pengurusan untuk memastikan aset tak alih beroperasi dengan sempurna yang dapat menyokong bisnes utama organisasi. Dalam erti kata lain, Pengurusan Fasiliti berorientasikan aspek pengurusan penyenggaraan (fizikal) dan kepuasan hati pelanggan/pengguna (bukan fizikal).

Sebagai contoh, kita cuba bandingkan bagaimana pengurusan stesen minyak pada awal pewujudan stesen minyak dan dengan yang terkini? Kalau dahulu, stesen minyak dilihat sebagai keperluan mendesak dan bilangan stesen minyak yang sedikit menyebabkan pengguna tidak mempunyai pilihan. Kita lihat pada stesen minyak dahulunya hanya mempunyai pam minyak dan kaunter bayaran sahaja. Tetapi pada masa kini, zaman telah berubah. Setiap produk yang dihasilkan, akan terdapat mungkin 20-30 produk lain yang seakan sama fungsinya bersaing untuk mendapatkan "kepuasan pelanggan" atau "pelanggan setia" sebagai strategi pemasaran untuk memastikan produk tersebut bertahan lama di pasaran. Stesen minyak pada masa kini menyediakan kemudahan-kemudahan yang sangat selesa kepada pengguna seperti kedai runcit, mesin ATM, tandas, ruang solat dan lain-lain. Kesemua kemudahan ini perlu diuruskan dengan baik agar pengguna berpuas hati menggunakan kemudahan-kemudahan tersebut. Mengapa?

Kerana stesen minyak pada zaman dahulu berorientasikan penyenggaraan sahaja, pastikan stesen minyak beroperasi tanpa mengambil kira faktor kepuasan hati pelanggan. Stesen minyak zaman kini berorientasikan fizikal (penyenggaraan) dan bukan fizikal (kepuasan hati pengguna/pelanggan). Sekiranya terdapat stesen minyak A dan B yang berdekatan, di mana Stesen A tidak mempunyai sebarang kemudahan mahupun tandas, tetapi Stesen B mempunyai pelbagai kemudahan yang bersih, selesa dan sempurna, maka stesen minyak yang mana satukah menjadi pilihan anda?

Kita lihat contoh yang lain. Pusat Membeli-belah A hanya memikirkan keuntungan dengan melaksanakan penyenggaraan yang minimum sahaja. Apabila berlaku kerosakan barulah dibaiki. Lantai yang tidak bersih, pengudaraan yang tidak selesa dan suasana pencahayaan yang suram. Pusat Membeli-belah B mengambil pendekatan "Kepuasan Pelanggan Menjadi Keutamaan" akan memastikan setiap aspek penyenggaraan dan operasi di dalam pusat membeli-belah berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Pusat membeli-belah manakah yang menjadi pilihan anda? Pusat membeli-belah manakah yang mendapat keuntungan yang tinggi bagi tempoh yang lama? Pusat membeli-belah manakah yang tidak dapat bertahan lama?

Sekian untuk perkongsian.

770 points 3 3 9
selected by
0

Terima kasih atas perkongsian bermanfaat Dr @IrDrAFAM yes

13 votes
Pengurusan Fasiliti merupakan satu skop pengurusan bangunan dan fasiliti secara menyeluruh dan berkesan iaitu melibatkan aspek pentadbiran, kewangan, operasi dan penyenggaraan bangunan manakala penyenggaraan memberi keutamaan terhadap aspek kebolehfungsian sesuatu bangunan dengan memastikan setiap komponen bangunan dan fasiliti yang disediakan berada pada tahap kefungsian yang optimum berdasarkan kepada jadual atau rutin penyenggaraan yang telah dirangka.
1,260 points 4 7 14
13 votes
Menurut British Institute of Facilities Mangement (BIFM), Pengurusan Fasiliti merupakan satu integrasi proses dalam lingkungan organisasi untuk menyenggara dan membangunkan perkhidmatan yang dipersetujui di mana menyokong dan menambahbaik kekerkesanan aktiviti utama.

Manakala Institute Facilitiy Management Association (IFMA) mendefinisikan Pengurusan Fasiliti sebagai suatu profesion yang terdiri daripada pelbagai disiplin bertujuan memastikan kefungsian alam bina dengan menyepadukan manusia, tempat, proses dan teknologi.

Dalam konteks Malaysia pula, Pengurusan Fasiliti boleh ditafsirkan sebagai suatu amalan untuk menyelaras operasi fizikal sesuatu alam persekitaran dan manusia dalam sesebuah organisasi, menyatupadukan keseluruhan prinsip pentadbiran perniagaan serta proses rekabentuk dan perkara berkaitan dengan kejuruteraan sains.
2,440 points 5 19 31
7 votes

Sekadar memberi pandangan.....

Pengurusan fasiliti merupakan satu proses total yang seharusnya bermula dari peringkat perolehan atau penyerahan sesusah sesuatu aset tak alih telah disiapkan dengan sempurna mengikut kehendak kontrak.

Dalam pengurusan aset tersebut mengikut kitaran hayat ia harus merangkumi :-

  • Proses pendaftaran aset.
  • Perancangan dan Tadbirurus pengurusan penyenggaraan.
  • Pemeriksaan dan pelapuran status fisikal aset berkaitan.
  • Permohonan peruntukan.
  • Proses pelupusan.
Sebaliknya Penyenggaraan lebih kepada satu proses atau tindakan untuk mengekalkan kondisi fisikal dan fungsi fasiliti berkaitan kepada tahap sediakala dan optimum. Maka ada wajarnya custodian aset berkaitan harus mempunyai ilmu dan kefahaman tentang kedudukan, kondisi, kaedah penyenggaraan aset berkaitan.
Dalam proses penyenggaraan pulah terbahagi kepada:-
  • Penyenggaraan Rutin.
  • Penyenggaraan Berkala.
  • Penyenggaraan Kecemasan.
48,740 points 106 194 351
...