search
Log In
17 votes

1 Answer

7 votes
Ini sekadar jawapan ringkas daripada saya. Jika nak yang lebih detail, boleh rujuk kepada CKUB

Ikut definisi, Sistem perakaunan akruan adalah satu kaedah perakaunan yang mengiktiraf sesuatu urusniaga dan peristiwa apabila ianya berlaku dan merekodkan dalam rekod perakaunan dalam tempoh urusniaga tersebut berlaku.

Ikut definisi ini ianya agak sukar untuk difahami dalam konteks Bisnes JKR.

Bagi memudahkan pemahaman secara mudah, kita cuma perlu tahu sistem perakaunan Akruan ini ada kaitan dengan Aset yang perlu JKR(selaku urusetia JPAK) untuk didaftarkan dalam MySPATA. Bagi projek baru, keperluan kepada komponan yang terlibat dalam menyediakan sesuatu aset seperti Bangunan, Jalan, Jambatan Dll.

Antara perkara yang penting dalam Sistem Perakaunan Akruan ialah COMPONENTIZATION. So, amatlah penting untuk JKR melihat perkara ini bagi penyediaan Aset dan ianya perlu dimulakan semasa peringkat design lagi. Jadi perubahan design secara konvesional kepada BIM akan dapat mencapai hasrat kerajaan bagi merealisasi Sistem Perakaunan Akruan ini. dan semua coding bagi komponen mestilah selaras dengan keperluan MySPATA.

Tuan boleh rujuk kepada PP Bil 4 Tahun 2013 yang manan telah menyatakan bahawa tatacara pengurusan perakaunan akruan akan digunapakai bermula pada tahun hadapan (2015) menggantikan Perakaunan Asas Tunai Ubahsuai.

Sekian
27,310 points 73 158 200
...