Dengan menggunakan SKALA sebagai a single management monitoring tool, kita akan ada consistency di dalam pelaporan projek. Maklumat di dalam SKALA tidak boleh dipertikaikan kerana ia adalah berdasarkan Peniliaan Interim untuk tujuan pembayaran. Penilaian dan Pembayaran adalah tertakluk kepada Syarat Kontrak. Jika pelaporan SKALA dipertikai, adakah ini bermaksud kita menilairendahkan kemajuan kerja di tapak? Tidakkah ini bermakna kita menganaya Kontraktor? You cannot have your cake and eat it too.
Memang benar di dalam projek kita menggunakan CPM berasaskan WBS. Tetapi setiap orang yang membuat penilaian berasaskan WBS akan berbeza keputusannya. WBS juga boleh jadi sangat detail dan boleh jadi cukup makan sahaja. Tiada standard tetap yang diikat dengan terma Kontrak untuk pelaporan WBS dan sedalam mana WBS itu sepatutnya diberikan. Berbeza dengan SKALA yang berasaskan Penilaian Interim yang merupakan sebahagian daripada Terma Kontrak dan tertakluk kepada BQ atau Schedule of Prices. Jadi pelaporan SKALA tidak boleh dipertikaikan.
Untuk menjadikan penilaian SKALA lebih tepat kepada Kemajuan Sebenar, dicadangkan penilaian dibuat lebih kerap. Saya mengesyorkan penilaian secara MINGGUAN dan bukan Bulanan seperti diamalkan. Dengan penilaian lebih kerap, kita akan lebih cepat tahu jika projek sedang mengalami bibit-bibit masaalah agar lebih cepat suntikan ubat diberikan. Jadikan PENILAIAN MINGGUAN sebagai stadard baru JKR.