search
Log In
18 votes
132 views
Kenapa masih wujud lagi isu yang berkaitan EOT sedangkan JKR sudah ada Project Management Tools? Adakah ada lagi kelemahan yang boleh atau perlu dipertingkatkan?
in Contract Administration 1,930 points 3 16 20

3 Answers

4 votes

JKR sudah mempunyai ramai pakar dan tools untuk menangani isu EOT dengan berkesan. 

Mungkin sudah tiba masa JKR melihat pihak luar yang juga bertanggungjawab menyebabkan isu EOT berlaku sebagai contoh klien, kontraktor, pembekal dan lain-lain. Oleh itu pihak ini juga perlu diberikan penerangan dan kesedaran tentang isu EOT agar dapat membantu projek agar dilaksanakan mengikut jadual. 

34,220 points 16 58 148
4 votes
Pemberian EOT hanya layak mengikut apa yang ada dlm contract..seharusnya pp atau pd memainkan peranan dalam penentuan dan kelayakan eot ini. Jika berlaku perubahan kepada skop projek EOT boleh dipertimbangkan dan tools yang ada dalam PM akan membantu untuk menentukan samada kontraktor layak ayau pun tidak setta berapa jumlah EOT yang boleh diperakukan..
9,180 points 17 34 86
2 votes
Ya betul tools Project Management sudah lama wujud di JKR, tetapi bagi pengguna tools berkenaan, adakah mereka memahami apa yang mereka gunakan. Adalah tools tersebut hanya digunakan bagi memenuhi syarat wajib diisi atau menggunakan tools untuk tujuan merancang, melaksana dan memantau projek.
Tools Project Management yang diwujudkan di JKR adalah bertujuan membantu pengurus projek merancang, melaksana, memantau dan mengawal projek dengan baik. Ini adalah kerana, tools merupakan alat pengurusan untuk melaksanakan projek. Maka ianya akan lebih berkesan sekiranya pengguna menggunakannya beserta dengan ilmu dan pemahaman dalam mengurus projek. Barulah tools yang diwujudkan dapat digunakan dengan sebaik-baiknya dan menjadi lebih manfaat.
Janganlah gunakan tools tanpa mengetahui cara dan fungsinya kerana ianya amat merugikan, bak kata pepatah, berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap.
3,610 points 3 16 43
...