search
Log In
16 votes
123 views
Adakah pemandu dibenarkan untuk membawa kenderaan Jabatan pulang ke rumah sekiranya beliau tiba di lokasi pejabat pada waktu lewat malam.
in Moveable Asset (Alih) 250 points 2 3 4

2 Answers

8 votes
 
Best answer

Merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan 5/2013 - Pengurusan Kenderaan Kerajaan, penyataan mengenai tempat simpanan kenderaan adalah seperti berikut:

TEMPAT SIMPANAN KENDERAAN

32. Semua Kenderaan Kerajaan kecuali Kereta Rasmi Jawatan hendaklah disimpan di dalam kawasan pejabat yang mempunyai perlindungan berbumbung semasa tidak digunakan, kecuali sekiranya kemudahan tersebut tidak dapat disediakan. Jabatan yang mempunyai bilangan kenderaan yang besar seboleh bolehnya menyediakan depoh kenderaan;

33. Bagi Jabatan yang mempunyai pengawal keselamatan, rondaan berjadual hendaklah juga dilakukan ke atas depoh atau tempat simpanan berkenaan.

Merujuk kepada penyataan mengenai Penggunaan Kereta Rasmi Jawatan:

7.1 Penggunaan Kereta Rasmi Jawatan

7.1.1 Kereta Rasmi Jawatan dibekalkan untuk kegunaan urusan rasmi pegawai. Walau bagaimanapun, pegawai dibenarkan menggunakannya untuk urusan persendirian, khusus untuk pegawai berkenaan sahaja. Pegawai dibenarkan untuk menyimpan kereta di rumah dan bertanggungjawab sepenuhnya dari segi penggunaan, kawalan, keselamatan serta jadual penyenggaraan ke atas kereta tersebut.

49,750 points 33 88 176
selected by
0

Klausa 7.1.1, Kereta Rasmi Jawatan dibekalkan untuk kegunaan urusan rasmi pegawai adakah dimaksudkan - pemandu atau boss...Kerana Kereta Rasmi Jawatan biasanya ada pilot dan jika pilot menghadapi masalah seperti soalan, bolehkah dia bawa pulang atau tetap kena letak rumah boss (Kereta Jawatan) atau pejabat (Kereta Jabatan)... 

Jika budi bicara digunakan, apakah implikasi kepada pilot jika terjadi perkara tidak diingini..

1 vote
jawapan ikut buku memang tidak boleh....

tapi jawapan ikut budi bicara terpulang kepada boss jabatan tu la kot....kalau dia bg ok la...kalau dia x bg kena simpan kat pejabat la....
49,100 points 9 23 56
...