Terdapat juga istilah yang lebih khusus yang telah digunakan pada projek - projek sekarang iaitu melibatkan RETROFITTING, REFURBISHMENT dan REPAIR.
1. Retrofitting biasanya selalunya melibatkan projek pembaikpulih bangunan dengan menambahkan elemen - elemen yang sebelum ini tiada di dalam bangunan tadi. Sebagai contoh memasang sistem pendingin hawa atau udara bercekapan tenaga tinggi bagi penjimatan kos penggunaan dan pengurangan pembebasan karbon ke alam sekitar. Retrofitting melibatkan pengambilan/pengrekodan data sebelum dan selepas projek terbabit dilaksanakan, ini untuk memastikan objektif retrofitting terbabit adalah tercapai.
2. Refurbishment - melibatkan proses kerja - kerja penambahbaikan untuk menjadikan ianya lebih baik daripada fungsi asal/semasa. Selalunya lebih kepada keadaan fizikal (aesthethics) dan juga keperluan - keperluan asas bangunan berkenaan. Kadangkala ianya juga mempunyai elemen - elemen retrofitting.
3. Repair - proses kerja yang mengembalikan sesuatu keadaan kepada fungsi asal tanpa melibatkan apa - apa naik taraf fungsi/keadaan.