Apabila ada Garis Panduan yang dikeluarkan secara rasmi oleh Pengurusan Atasan, sudah semestinya ia dianggap sebagai SOP (Standard Operating Prosedur) yang mana perlu dijadikan panduan oleh kakitangan dalam organisasi tersebut (JKR) dalam melaksanakan tugasan rasmi. Jika ada mana-mana prosedur yang tidak sesuai untuk projek-projek tertentu disebabkan oleh keunikan projek itu dan terma-terma yang spesifik terhadapnya, pengecualian hendaklah dipohon dari pihak pengurusan. Itulah maksud Team Player dan `saya yang menurut perintah'.