search
Log In
13 votes
84 views
Apakah perkara yang perlu dinilai apabila chandelier disumbangkan oleh pihak ketiga?
in Building 8,130 points 25 56 91

2 Answers

8 votes
Pengalaman semasa terlibat dalam pembinaan beberapa buah masjid, perlu disemak sama ada sumbangan tersebut merangkumi kos pemasangan, pendawaian dan aksesori berkaitan seperti pemalap (dimmer) dan sebagainya. Penting juga mendapat nasihat berkenaan berat yang dapat ditampung oleh kubah masjid dan bersesuaian dengan keadaan kubah. Begitu juga sistem pengantungan yang bakal digunakan. Pernah di satu projek, chandelier telah diturunkan semata-mata kerana tidak sesuai dengan kubah yang dipasang.

Paling utama islah sistem pendawaian. adakalanya bila digabungkan bagi semua mentol yang dipasang melebihi kapasiti pendawaian. Di masjid Bukit Aman, chandelier dianggarkan mengunakan kuasa sebanyak 2000 watt, jauh melebihi anggaran asal jurutera perunding ketika itu. Jadi kami kena buat pendawaian semula.

Itu sahaja yang dapat saya kongsikan.
34,630 points 18 61 148
0
kupasan yang menarik - terima kasih atas perkongsian :)
7 votes
Keselamatan orang ramai ke atas sebarang pemasangan barangan third party dibuat oleh pihak JK Masjid. Selain dari keperluan elektrikal, perkara yang perlu difikirkan adalah sistem pengantungan yang akan digunakan dan juga berat chandelier itu sendiri. Perkara ini perlu dibawa kepada pihak JKR bagi menilai samada kerangka kubah boleh menanggung chandelier.

Adalah juga dicadangkan utk setiap masjid baru yang dicadang, agar keperluan menanggung chandelier dgn beban maksima  direkabentuk dan dimaklumkan kepada pihak pengguna masjid.
49,630 points 24 101 236
...