Secara ringkasnya, Pemulihan merupakan proses mengembalikan tahap fungsi sesuatu item ke prestasi asalnya... contoh penggantian lampu, lif, motor pam, pintu, tingkap dan sebagainya tambah penambahan drastik pada spesifikasinya. Ubahsuai pula suatu proses menukar fungsi item kepada fungsi yang lain. Contoh adalah bilik pegawai ditukar kepada dewan, kipas siling ditukar kepada alat pendingin hawa dan sebagainya. Naiktaraf adalah pula adalah meningkatkan prestasi item ke tahap yang lebih baik tanpa mengubah fungsi dan tujuan nya. Contoh seperti tangga ditukar ke eskalator, lampu filamen ditukar ke lampu jimat tenaga dan seumpamanya.