search
Log In
12 votes
68 views
Disini saya beri situasi bagi menjelaskan lagi isu yang boleh dibincangkan bersama:-

1. Projek konvensional dan ada lantikan perunding QS, M & E.

2. M & E JKR dilantik sebagai Wakil S.O (Pakar)

3. Terdapat kerja NSC  dan setiap bulan perunding M&E mengeluarkan surat pengesyoran workdone.

4. Wajarkah penyediaan interim perlu menunggu pengesahan workdone tersebut daripada wakil S.O (Pakar) M&E ?

5. Bolehkah atau adakah menjadi kesalahan dari segi prosedur semasa jika bayaran interim diteruskan dengan mengambilkira syor daripada perundung M&E  sahaja tanpa menunggu pengesahan workdone tersebut daripada wakil S.O (Pakar) M&E ?

6. Jika perlu mendapatkan pengesahan syor workdone daripada wakil S.O (Pakar) M&E, adakah ini bermaksud JKR tidak iktiraf "competency" dan kelayakan perkhidmatan professional perunding yang dilantik bagi pihak kerajaan?

7. Apakah relevannya jika pihak JKR masih perlu mengesahkan pengesyoran workdone atau skop perkhidmatan perunding sedangkan skop perkhidmatan perunding secara jelas diterangkan melalui klausa-klausa berkaitan  di dalam "Consultant Service Agreement" (CSA) yang ditandatangani?

Mohon pencerahan dan perkongsian ilmu daripada tuan/puan. Terima kasih.
in Contract Administration 11,570 points 15 38 77
edited by
0
Terima kasih atas penjelasan tambahan mengenai soalan berkaitan.

1 Answer

3 votes
HODT tidak wajar keluarkan surat pengesyoran workdone jika beliau bukan wakil SO.

Hanya SO/Wakil SO mempunyai kuasa berbuat demikian. Pengesyoran perunding samaada boleh diterima atau tidak bergantung pada lantikannya sebagai wakil SO. Lazimnya wakil SO dilantik daripada warga JKR dan syor interim perunding dimajukan melalui nya.
200 points 2
0
Terima kasih Tuan atas perkongsian yang bermanfaat!
...