Perbandingan secara one-to-one adalah agak sukar. Pelaksanaan IBS bermula dari rekabentuk dan layout bangunan tersebut. IBS hanya akan kos efektif sekiranya terdapat banyak repetition di dalam penggunaan komponen di dalam bangunan tersebut atau terdapat banyak unit yang perlu dibina. Sekiranya pembangunan melibatkan blok blok yang tidak ada unsur repetition, maka kos pembinaan secara IBS tidak akan menjadi kos efektif. Dengan keadaan ini, pembinaan secara konvensional adalah lebih baik.