Cuma sebagai tambahan, sila pastikan benar-benar aset tersebut tidak berdaftar sebelum pelupusan tanpa tatacara yang sah. Berdasarkan pengalaman saya di Politeknik, terdapat juga aset yang ditafsirkan tidak berdaftar tetapi setelah disemak dengan teliti rupanya adalah aset berdaftar yang tidak ditanda terutama aset bernilai rendah dan aset yang mudah dialihkan seperti kerusi, meja, tong sampah dan sebagainya.
Tetapi jika benar-benar tidak berdaftar, terutama aset yang dibeli dengan lindung nilai seperti komputer yang sepatutnya diambil semula oleh kontraktor setelah habis projek namun atas dasar sudah tidak prakitikal bagi mereka mengambil semula aset tersebut dan menyerahkannya kepada JKR dan tidak didaftarkan sebagai sumbangan... maka ada baiknya dilupuskan dengan segera agar tidak menyukarkan kakitangan yang mungkin akan mengambil alih tugas mengawal aset tersebut..