My opinion,
Rekabentuk bangunan bagi projek yang kompleksitinya adalah rendah dan tidak terlalu rumit kaedah linking model adalah secara terus sahaja kerana bangunan yang dimodelkan bagi setiap disiplin menggunakan satu fail sahaja.
Tetapi jika projek yang mempunyai kompleksitinya yang tinggi seperti bangunan hospital atau bangunan high rise, model yang dibangunkan adalah digalakkan supaya ianya dipecahkan fail bagi sesebuah fail tersebut adalah tidak terlalu berat. Sebagai contoh bangunan high rise;
Model Arkitek : Model dipecahkan kepada Model Arkitek – Podium & Model Arkitek Tower
Model Struktur : Model dipecahkan kepada Model Struktur – Podium & Model Struktur Tower
Model Mekanikal : Model dipecahkan kepada Model Mekanikal – Podium (Dipecahkan lagi mengikut sistem ) & Model Mekanikal Tower (Dipecahkan lagi mengikut sistem )
Model Elektrik : Model dipecahkan kepada Model Elektrik – Podium (Dipecahkan lagi mengikut sistem ) & Model Elektrik Tower (Dipecahkan lagi mengikut sistem )
Rujuk jadual di bawah bagi penerangan yang jelas;
DISIPLIN | ZON | SISTEM | ARAS |
Arkitek | - Podium - Tower | | |
Struktur | - Podium - Tower | | Aras |
Mekanikal | - Podium - Tower | HVAC, CW, FP, SN | |
Elektrik | - Podium - Tower | ELV, LV, ICT, HT | |
Jika kita lihat, perancangan awal diperlukan semasa menentukan struktur model yang akan dibangunkan bagi memastikan perjalanan proses kerja BIM tersebut berjalan secara lancar. Oleh sebab itu BIM Project Execution Plan (BPEP) amat penting dilaksanakan dalam merancang untuk melaksanakan BIM di dalam sesebuah projek. Ianya adalah tugas BIM Manager dan juga BIM Coordinator. BIM Coordinator setiap disiplin perlu memastikan naming convention perlu mengikut Piawaian BIM JKR dan seterusnya memaklumkan model-model yang akan dibangunkan kepada BIM Manager supaya setiap BIM Modeler dapat menggunakan model yang betul dan terkini.
Di dalam manual proses kerja BIM JKR (berpandukan SPB JKR), ianya menerangkan secara jelas aktiviti-aktiviti berkaitan dengan proses kerja dalam melaksanakan projek BIM. Sebagai contoh proses kerja rekabentuk awalan struktur ada menerangkan aktiviti bagi Link Revit. Walaubagaimanapun link model perlulah diajar di dalam kursus dan nota kursus setiap disiplin masing-masing bagi mengetahui lanjut kaedah dan cara-cara link Revit kerana ianya lebih kepada penggunaan sesebuah perisian dan amalan terbaik.
Selain itu, kolaborasi antara disiplin dan sesama disiplin juga ada diterangkan di dalam Garis Panduan BIM JKR : Pengurusan Data.
That's my dolar of cents...