Berdasarkan pengalaman di Syarikat konsesi lebuhraya dan berada dalam pengawasan LLM, tiada ujian tertentu bagi keutuhan W beam.
Semasa mula diperkenalkan dengan tiang kayu, (wooden) post, jarak antara tiang adalah 3800mm, namun setelah steel post diperkenalkan, jarak antara tiang adalah 4000mm. Walau bagaimana pun, selepas kemalangan bas express di Tanjung Malim, REAM telah mencadangkan jarak antara tiang adalah 2000mm bagi menambahkan ke "rigid" an sistem tersebut. selain itu 'double beam juga diperkenalkan.
Namun terdapat bantahan dengan menjadikan penghalang ini terlalu rigid kerana berbahaya kepada kenderaan ringgan kerana kegagalan sistem tersebut untuk "menyerap" hentakan kenderaan ringan.
Berdasarkan pandangan dan pemerhatian semasa menyelia sistem guard rail ini dilebuhraya, adalah didapati wujud beam-beam yang tidak memenuhi piawaian ketebalan seperti yang dikehendaki. Ini bermakna terdapat kecenderungan beberapa kontraktor yang mengunakan beam yang lebih nipis dan akibatnya ia tidak mampu berfungsi dengan baik jika berlaku kemalangan yang kritikal.