search
Log In
17 votes
62 views
Tahun 2017 adalah tahun untuk mengembalikan kegemilangan JKR ke tahap tertinggi. Salah satu inisiatif yang telah dipasarkan adalah penggunaan PAP di dalam pelaksanaan projek JKR. Apakan success factor yang diperlukan bagi memastikan JKR tidak gagal di dalam penyampaian prjek secara PAP?
in Structure 50,150 points 24 102 239
1

sori bos, tak dapat nak bantu pasal PAP tapi share sikit on CSF...

Critical success factors (CSFs), are elements that are vital for a department’s strategy to be successful and fulfil its mission.
They should not be confused with key performance indicator (KPIs) which measures a targeted performance. This will be explained in the next chapter.
CSFs are an excellent tool for management to focus on the important activities and therefore, must be given special and continual attention to bring about high performance.
CSFs include issues vital to an organisation's current operating activities and to its future success.

1 Answer

3 votes
Pada pendapat saya, faktor kejayaan PAP adalah seperti berikut:

1. Setiap HODT perlu mempunyai satu pasukan rekabentuk PAP sendiri. Walaupun ianya tidak direkabentuk oleh pasukan tersebut, tetapi mereka boleh menyemak, mengkoordinasi, membuat perubahan rekabentuk dan memantau PAP sehingga tamat RMK11. Ini kerana PAP merupakan salah satu Inisiatif Strategi JKR 2016-2020.

2. Lukisan Rekabentuk PAP semua disipilin dijadikan sebagai booklet untuk satu rekabentuk PAP. Saya pernah melihat booklet untuk lukisan bangunan sekolah dijadikan sebagai booklet yang mana ia mengandungi semua lukisan setiap disiplin.

3. Koordinasi rekabentuk perlu dilaksanakan bukan sahaja semasa fasa rekabentuk tetapi semasa pembinaan. Ini dapat membantu dalam mengatasi masalah rekabentuk (design intent) dan berlaku percanggahan lukisan antara disiplin dan ianya dapat menambahbaik rekabentuk lukisan PAP dari semasa ke semasa. Selain itu, perekabentuk dapat mengaudit rekabentuk di tapak.

4. Ketua rekabentuk bagi setiap disiplin perlulah mempunyai pengalaman luas dalam rekabentuk dan di tapak bina. Ini kerana mereka dapat memberi keputusan yang cepat dan dapat membantu dalam menyelesaikan masalah rekabentuk bangunan PAP di tapak bina.

5. Pemantauan berkala terhadap pelaksanaan PAP secara berkala oleh pengurusan tertinggi kerana ianya telah menjadi KPI TKPKR.

Selain itu juga, saya berpendapat sekiranya ianya dimodelkan secara BIM, ianya sedikit sebanyak dapat membantu pasukan rekabentuk, pasukan projek di tapak bina dalam koordinasi rekabentuk, clash analysis dan visualisasi 3D di tapak bina. Secara tidak langsung ia boleh menambah baik sistem penyampaian projek JKR.

Wallahualam...
21,080 points 15 51 133
...