Seringkali kita dengar isu ketidakcukupan wakil tapak bina JKR diketengahkan apabila sesuatu projek akan dilaksanakan. KPI HOPT sebagai 'program manager' adalah untuk memastikan projek dikeluarkan surat LA tanpa mengambilkira 'workload' sesebuah daerah atau negeri. Daerah atau negeri diminta memastikan projek perlu disiapkan dan diserahkan kepada pelanggan dalam tempoh masa, kos dan kualiti yang telah ditetapkan. Mengikut kajian, menempatkan wakil tapak bina merupakan salah satu faktor yang dapat menyumbang kepada kejayaan sesuatu projek. Namun begitu, tidak semua projek-projek JKR diberi keutamaan dalam menempatkan kakitangan di tapak projek.
Persoalan disini, apakah mekanisma dan dasar yang digunapakai untuk menentukan keperluan pegawai JKR untuk ditempatkan di tapak projek?